Blog Si Pemerhati hanya mampu bersujud: June 2013

Saturday 8 June 2013

PASCA PRU 13


Firman Allah swt, Al Anfaal: 27. Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah swt dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan keatas kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).

putrajaya01PUTRAJAYA

            Assalamualaikum semua, hampir sebulan lebih sudah berlalunya PRU13. PRU yang boleh dikatakan paling sengit dalam sejarah MALAYSIA. Kali ini hamper di semua kerusi berlakunya pertandingan 2penjuru antara PAKATAN RAKYAT VS BN *ada pertandingan 3penjuru atau lebih di sesetengah kerusi. Dan seperti yang semua sedia maklum, BN telah memenangi PRU13.
keputusan PRU13

Apa yang mahu saya perkatakan disini adalah BERSIHkah PRU13 ini ?
daku menongkah arus demi melihat kebenaran ditegakkan~

   BEBAS Mungkin ramai yang mula menimbulkan keraguan tersendiri, samada ia terbit secara sendirinya dengan pengamatan sendiri atau dengan hasutan mana-mana pihak. Atau memang ia sengaja ditimbulkan atas matlamat tertentu yang barangkali lebih panjang dan unjurannya sungguh sukar ditafsirkan. Keraguan sememangnya wajar ada, dilayani dan dibiarkan, tetapi setiap keraguan ada akar dan ada pucuknya. Persoalannya, mampukah sesebuah keraguan yang sesetengahnya dianggap tidak berasas menjadi nyata? Atau setengahnya menganggap ia sebenarnya terjadi hanya sekadar sebuah dongeng cerita?



MARI KITA LIHAT KEJADIAN2 YANG BERLAKU SEPANJANG PRU13 INI, ADA JUGA KEJADIAN  YANG BERLAKU DI HADAPAN MATA AKU SENDIRI.

 1- Kenderaan yang membawa peti undi tiba-tiba lari daripada jalan asal ke pusat pengumpulan undi. Menghilang. Kemudiannya muncul balik.

2- Tong peti undi ditukar di pertengahan jalan. Ada juga tong yang hilang.

3- Pada saat-saat akhir, tong yang hilang, tiba-tiba sampai di pusat penjumlahan undi.

4- Di saat kiraan undi yang menunjukkan PR sedang mendahului BN, tiba-tiba blackout.

5- Di saat-saat akhir, BN membantah pengiraan undi yang didahului PR menyebabkan undi terpaksa dikira semula.

6- Beberapa buah teksi berpenumpang daripada luar masuk ke tempat pengundian tanpa ada sebarang sekatan daripada polis sedangkan hanya kenderaan petugas & yang berkenaan dibenarkan masuk itupun sebelum pusat pengundian dibuka. Pengundi hantu?

7- Mat-mat Bangla yang tidak kenal siapakah PM Malaysia dibenarkan untuk mengundi. Polis biar je. Alasannya dia ada IC. Saya tanya anda jujur, anda boleh beza tak seorang bangla dengan seorang mamak? Tengok slang cakap pun dah tahu kan.

8- Orang yang sama mengundi lebih daripada satu pusat mengundi. Macamana tu?

9- Dakwat yang dikatakan kekal sehingga masa 5-6 hari boleh hilang dalam masa 5-6 minit.

10- Seorang yang masih belum mengundi tetapi bila tiba di pusat mengundi, dia direkodkan sudah mengundi. Siapa yang undi untuk dia?

11- Pengundi yang kurang upaya atau uzur, undi mereka dipangkah oleh petugas spr. Bila nak tengok apa yang dipangkahnya, petugas itu tidak membenarkan malah terus memasukkannya dalam peti undi. Mana hak sebagai seorang pengundi?

12- Pegawai SPR yang bertugas di pusat mengundi tidak mahu menandatangani Borang 14 walaupun sudah dikira jelas di pusat itu kemenangan berpihak kepada PR.

13- Di pusat penjumlahan undi, tong dibawa ke sana menaiki teksi ikut jalan belakang? Mana perginya kenderaan rasmi SPR? Kenapa jalan belakang?

14- Undi Awal disimpan di balai polis sebelum 5 Mei tanpa ada seorang pun wakil parti politik dibenarkan untuk mengawasinya?

15- Undi Pos semuanya berpihak kepada BN?

16- Pensel turut disediakan kepada pengundi ketika ingin memangkah? Kenapa tidak bagi hanya pen? Untuk memudahkan usaha memadamnya kah?

17- Sesetengah tempat undi rosak lebih tinggi, daripada undi majoriti. Kenapa?

18- Van berlogo BN masuk ke pusat mengundi sedangkan pengundi yang pakai baju berlogo parti pun tak boleh masuk inikan pula van. Pelik.

19- Di beberapa kawasan yang BN kalah pada kiraan undi awal. kemudiannya BN pulak    yang menang pada saat-saat akhir selepas dibuat kiraan semula berulang-ulang kali. Menang pulak dengan majoriti ratus-ratus pula, ada yang melebihi seribu. Takkan kiraan pertama tu salah kira sampai banyak tu sekali. Tak pandai mengira? Mana datang undi-undi tu?

20- Peti undi dibawa ke tempat pengumpulan dengan helikopter berlogo MCA. Kenapa?
Siapa yang mempunyai maklumat dan info lain bolehlah tambah di ruangan komen di bawah. Mohon share artikel ini di facebook dan twitter anda semua. Biar semua rakan-rakan macai anda celik! ^^

mana satu yang mempunyai majoriti melayu ? 

Persoalan seterusnya, benarkah DAP hanya parti sesebuah kaum sahaja? Tuduhan ini langsung tidak masuk akal kerana parti DAP ialah parti yang bebas, di dalamnya ada kaum melayu yang juga pernah bertanding. Perkara ini bukan baharu, pada tahun 1999, empat calon DAP daripada kaum Melayu telah bertanding dan dua daripadanya menang iaitu Ibrahim Singah dan Hassan Ahmad. Terkini pula, PRU 13 mencatat kemenangan buat kaum melayu DAP iaitu Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dengan memenangi Dun Mentakab apabila mendapat 7,882 undi menewaskan Chuah Boon Seng (MCA-BN) dengan majoriti 1,554 undi. Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz pula memenangi kerusi Parlimen Raub dengan memperoleh 23,415 undi apabila menewaskan Datuk Hoh Khai Mun (MCA-BN) dengan meajoriti 2,814 undi. Zairil Khir Johari pula memenangi kerusi Parlimen Bukit Bendera dengan majoriti 12,813 undi apabila mendapat 45,591 undi menewaskan Teh Leong Meng (Gerakan-BN) yang hanya mendapat 12,813 undi. Jika DAP tewas, siapa MCA yang akan memenanginya. Jadi, adakah MCA itu bukan Cina. Jangan cuba timbulkan isu perkauman.


Apabila DAP banyak memenangi kerusi parlimen, ia menarik perhatian ramai pihak dan semestinya parti komponen lain seperti PAS dan PKR mengambil pengajaran tentang apakah taktik dan strategi DAP memenangi hati pengundi di tempat majoriti bukan melayu dan apakah kekuatan DAP yang dimaksimumkan. Di dalam era menuju politik matang, sentimen perkauman adalah penghalang kemajuan sesebuah negara untuk bersikap stabil politik dan memusnahkan mentaliti masyarakat yang sepatutnya dipandu dengan ilmu dan maklumat, dan diberi kebebasan menilai dan membanding. Sepertinya pihak yang kerap menyala-apikan sentimen perkauman seperti tidak berminat untuk melihat Malaysia menuju ke arah politik matang dan terkehadapan, bebas korupsi dan monopoli, masing-masingnya bersaing melakukan kebaikan buat rakyat.


Semoga memberi manfaat :)

*peringatan buat diri ku ini juga

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 4 June 2013

#SEGMENT : MARI TAMBAH KENALAN BLOGGER BY MR.K

#SEGMENT MARI TAMBAH KENALAN BLOGGER BY MR.K

salam

follower skrg : 0


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 2 June 2013

result sem2 !!!

Asslamualaikum semua~

Heee...tinggal beberapa hari sahaja lagi before nak masuk ke sem3...byk cabaran sedang menanti utk sem hadapan ini...harap sentiasa diberi kekuatan utk menempuhi segala cabaran yg mendatang dgn penuh semangat dan berfikiran positif yee :D

Nak citer sikit ni..haritu punya lah xsabar nak tunggu result sem2 keluar..then mase 28/5 tu tepat jam 9pagi..aku pon buka lah laman web IPUO..err..dia tulis..TAHAN PAPARAN KEPUTUSAN ==

Aduhh...mase tu aku pon rase pelik..kenapa ? kenapa ? ...then bila difikir2 kan kembali, rupanya ada satu hari tu aku dtg lambat ke class n kad pelajar aku kena ambil oleh lecture =_=: maybe sbb tu lah...rasa menyesal lah pulak dtg lambat masa tu..harapnya sem3 ni aku akan sentiasa dtg awal ke class..biar kita tunggu lecture jgn lecture yg tunggu kita yee..hee

Yang pasti setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya :D Mungkin ALLAH masih beri aku masa utk terus meminta agar result aku cemerlang insyaAllah..or mungkin aku perlu bertaubat dgn kata lain boleh minta maaf kpd lecture2 dan kwn2 supaya ilmu yg diberi itu berkat... tawakal kepada allah J



Bila di sentuh soal TAUBAT...Allah SWT sangat suka dan gembira jika ada hamba yang ingin bertaubat dan kembali kepada-Nya.Ingat ye kawan2 Pintu taubat itu sentiasa terbuka untuk sesiapa juga yang ingin kembali kepada-Nya kerana rahmat Allah itu sangat luas.

Sebanyak manapun dosa yang pernah dilakukan manusia, Allah tetap akan mengampuninya dengan syarat mereka mahu kembali kepada Allah bila-bila saja dan tidak kira di mana juga.
Allah SWT tetap menerima taubat hamba-Nya selagi masih bernafas dan nyawanya belum sampai ke kerongkong, selagi itulah pintu taubat terus terbuka tidak kira sebanyak mana atau sebesar mana dosa dilakukan.

Nabi Muhammad SAW menceritakan dalam hadis Baginda kisah seorang lelaki yang membunuh 100 orang kembali kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya, akhirnya lelaki itu diampuni Allah dan masuk syurga. Maka jangan kita memberi alasan Allah tidak menerima taubat untuk melengah-lengahkan daripada segera bertaubat kepada Allah.



Kepada anak muda hari ini yang terlanjur dengan dosa dan maksiat kemudian terus menerus melakukan maksiat kerana menganggap Allah sudah tidak lagi menerima taubatnya.
Ini satu kesilapan besar serta tanggapan yang salah. Ramai yang lupa atau sama sekali tidak mengetahui Allah menerima taubat orang yang bertaubat. Allah menerima taubat seorang lelaki Yahudi yang membunuh 100 orang.
Pasti ramai tertanya bagaimana caranya untuk bertaubat dan kembali kepada Allah SWT. Nabi SAW menyebut dalam hadis yang disahihkan al-Albani dalam Misykat yang diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dan Ahmad.

Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah seorang hamba melakukan suatu dosa kemudian ia berwuduk dan solat dua rakaat lalu beristighfar kepada Allah dari dosa itu, kecuali Allah mengampuninya.

Kemudian Rasulullah SAW membaca ayat: Dan (juga) orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. (Surah Ali-Imran, ayat 135)

Solat dua rakaat yang Nabi sebut dalam hadis di atas ialah solat sunat taubat, amal yang pasti dan sahih bentuknya. Maka sedarlah kita semua pintu taubat masih terus terbuka selagi mana kita mahu kembali kepada-Nya.


Peluang itu sentiasa ada..jika kita tidak mendapat pahala daripada berhenti melakukan dosa, dapat pahala cuba untuk berhenti melakukan dosa itu juga ok kan ? cuba cuba dan terus mencuba..

Allah memandang usaha kita, tidak kepada hasil. Ini adalah kerana ‘memberi hasil’ ialah perbuatan Allah sedangkan perbuatan manusia ialah ‘berusaha’.


Teguran dan peringatan buat diriku yg lemah ini juga...sekian...terima kasih~ :)



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen