Blog Si Pemerhati hanya mampu bersujud: January 2014

Friday 17 January 2014

Untuk kalian

Untuk kalian.
Aku bermula kosong.
Aku kini melangkah, dengan seribu harapan.
Aku tidak punya apa.
Harapan ku.
Aku akan manfaat apa sahaja yang ada di hadapan ku.
Aku ingin berfikiran terbuka untuk memaparkan pengalaman membahagiakan yang kualami hanya kerana aku rasa hal itu dapat membuat kalian bahagia juga.
Aku ingin memiliki kesempatan untuk memberitakan sebanyak mungkin khabar baik untuk ku khabarkan kepada kalian.
Aku ingin bertahan di sini, dan terus memajukan diri ku walau lama masa yang mungkin aku ambil.
Aku ingin kalian tahu bahawa sejauh mana aku pergi, selama mana aku pergi, aku akan kembali.
Aku pasti akan kembali dengan sesuatu yang menggembirakan dan menyatukan apa yang telah terpisah dari kalian.
Aku pasti akan kembali, itu janji aku.
Dan aku sedang belajar untuk mewujudkannya.
Mewujudkan apa yang aku impikan.
Perjalanan aku baru bermula.
Akan ku buktikan.
Hanya Allah yang maha mengetahui apa yang tersimpan dan tersemat jauh di dalam hati aku.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 9 January 2014

Permulaan bg aku

Alhamdulillah, aku sudah melangkah ke tahun 2014, dimana tahun bg aku merialisasikan segala impian aku yang telah tersimpan di dalam hati.

Tahun 2013 bermacam yang ku lalui, susah senang Alhamdulillah ujian bagi aku,

Ya, Allah sayang kan aku, disaat aku kehilangan seauatu yang berharga, dia beri aku sesuatu yang lebih berharga,

Melalui saat hidup sendirian ini, sesikit mencabar, tiada bantuan, tiada sokongan, melainkan dari isteri, umi dan adik beradik yang tersayang,

Aku kini melangkah, mengejar impian hidup yang selama ini aku hanya berkata, tetapi aku kini sedang melalui realitinya,

Insyaallah, semoga Allah beri kan yang terbaik pada ku


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen