Blog Si Pemerhati hanya mampu bersujud: October 2014

Tuesday 21 October 2014

tiada tajuk .

   
Bismillah , 
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang .

Bertanya aku pada diri , " apa yang telah aku capai tahun ini ? "
termenung aku sendirian di malam yang dingin lagi sunyi ,

tiada apa yang aku capai , kerana apa ? 
tiada niat yang betul setiap apa yang aku lakukan .

Tahun 2015 tahun dengan penuh perancangan , 
kali ini aku belajar dari kesilapan diri .

Aku telah merancang setiap perkara , 
setiap hari , minggu , bulan , telah dirancang .

Namun merancang itu terlalu mudah , 
semua orang mampu merancang dengan baik . 

tetapi !? aku yakin , tidak semua yang mempu MELAKSANAKAN apa yang dirancang .
kerana apa !? DISIPLIN itu tiada dalam diri .

Mudah berubah hati , mudah berubah pendirian ,
seperti Lalang yang ditiup angin .

Semasa berumur 14 tahun , 
abah ku bertanya , " apa kamu nak jadi dah besar ? "
aku jawab " tak tahu abah "
abah ku berkata lagi " balik nanti kamu pergi tulis atas kertas , apa yang kamu suka "

ya , kini aku memahami apa yang abah ku cuba sampai kan . 
aku sangat memahami .

apa sahaja yang dilakukan niat lah kerana Allah , 
berkongsilah apa yang dimiliki walau sedikit . 
anda akan merasa bahagia . 

aku bukan si tukang tilik yang suka meramal masa hadapan , 
aku hanya si pemerhati yang suka memerhati kehidupan .

aku bertanya kepada isteri ku
 " mengapa orang bodoh nampak pandai di hadapan orang bodoh , tetapi orang pandai nampak bodoh dihadapan orang bodoh ?  "
isteri ku berkata " tak tahu "

                                                                ' fikirlah '

enam langkah penting tahun hadapan bakal aku lalui , 
semoga aku terus disiplin melaluinya .

Rancanglah masa depan anda , 
hidup anda hanya sekali ,
anda tidak punya masa untuk merasai kesemua kegagalan . 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen