Blog Si Pemerhati hanya mampu bersujud: NOTHING IS IMPOSSIBLE :)

Tuesday 12 November 2013

NOTHING IS IMPOSSIBLE :)

Hari ni 13/11/2013

Sehari sebelum hari jadi aku yang ke 19 tahun , Ya , makin berumur aku .
Umur makin meningkat , adakah iman aku juga begitu ? pahala aku juga begitu ?
Mari muhasabah diri .
baru aku sedar yang aku ni sudah 'besar' , kalau dulu pergi kedai . "adik nak beli apa ?'
sekarang aku pergi kedai "abang cari apa ye ?" 
lepas ni mungkin "pak cik nak beli apa ?"  begitu pantas masa berlalu , kita hidup di dunia ini hanya sementara .
tetapi semua orang PASTI mahukan gelaran yang terbaik , iaitu ‘AHLI SYURGA’ .



Alhamdulillah , sekarang tinggal beberapa hari sahaja lagi . sebelum hari pernikahan . hati ini sangat berdebar , sangat berdebar . apakah aku mungkin menggigil semasa melafazkan nanti ?

Haha , aku harapnya tidaklah sebegitu . bertenang zaid . J
Masa nak tetapkan tarikh nikah haritu , tidak pula aku fikir yang sehari sebelum tu hari keluar result final semester 3 . punyalah aku risau result aku sem ni -_____- . ya allah , aku dah berusaha setakat yang aku mampu , aku sangat bersyukur kerana masih ada yang sentiasa sudi mengajar aku disebabkan aku sering tidak masuk kelas . Alhamdulillah mereka sentiasa cuba untuk membantu aku .

Ya , aku sudah banyak kali gagal dalam pelajaran , terlalu banyak , aku bukan nya seorang yang pandai dalam belajar , itu adalah kelemahan aku dan itulah kelemahan aku yang selalu menjadi bahan gelak kawan mahupun guru , dari dahulu sehingga sekarang , aku tidak pernah mengambil peduli , aku tetapkan dalam hati “aku tidak akan pernah berputus asa, sedikit pun aku tidak akan, tunjukkan pada mereka”  , tetapi aku sentiasa belajar dari ke gagalan diri sendiri , dari ke gagalan orang lain ,  walaupun sedikit .

Walaupun aku selalu tiada masa untuk study , terutamanya before quiz atau test . Alhamdulillah aku tetap dengan pendirian aku , aku tidak akan meniru , kerana aku yakin pada kebolehan diri sendiri . aku buat apa yang aku mampu , keberkatan itu sangat penting bagi aku J Alhamdulillah markah PB lebih baik dari apa yang disangka . semoga markah kesuluruhan aku juga begitu . Ameen J
Ramai yang bertanya , ‘kau ni dah ready ke nak kawin ?’ . aku hanya mampu tersenyum , kerana aku tidak akan buat sesuatu jika aku tidak bersedia J

Cause Allah is always by your side ,
In Shaa Allah you`ll find your way , Turn to Allah , He`s never far away
Put your trust in Him , Raise your hands and pray

Alhamdulillah , selepas sebulan kami berkenalan . aku diberi kekuatan untuk meminta izin dari keluarga pihak perempuan untuk berkahwin J pada awalnya umi dia minta habis diploma dulu . kali kedua meminta umi dan abah dia bagi ‘green light’ .
Rahsia ? tiada rahsia , percaya pada Allah sahaja.



Apa yang penting , kita merancang , Allah juga merancang . maka perancangan Allah pasti yang terbaik J

Alhamdulillah , aku ada banyak perancangan , jangka masa jauh dan terdekat . Ya , sangat banyak . Alhamdulillah diberi ilham yang pada mulanya aku sendiri tidak menjangka , datang secara tiba-tiba . Insyaallah cuba yang terbaik untuk merialisasikan semua perancangan .

Tiada apa yang mustahil dalam hidup ini , selagi kita berusaha mencapainya , right ?


Apa yang aku Nampak , si dia ada bakat dalam penulisan dan percakapan . aku harap , dan aku mahu membantu dia menjadi seorang penulis dan pemberi motivasi kepada remaja dan masyarakat . Insyaallah tidak mustahil dia boleh menjadi seperti idola nya Fatimah Syarha , malah boleh menjadi lebih baik dari itu . Ameen J

AKU YANG DULU BUKAN YANG SEKARANG , HAHA
NOTHING IS IMPOSSIBLE , RIGHT ? 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

1 comments:

  1. Haiii.. cakkk...
    Done follow sini no. 32,
    Jom follow me back.. salam kenal.. heee..

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    n my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen