Blog Si Pemerhati hanya mampu bersujud: November 2013

Tuesday 12 November 2013

NOTHING IS IMPOSSIBLE :)

Hari ni 13/11/2013

Sehari sebelum hari jadi aku yang ke 19 tahun , Ya , makin berumur aku .
Umur makin meningkat , adakah iman aku juga begitu ? pahala aku juga begitu ?
Mari muhasabah diri .
baru aku sedar yang aku ni sudah 'besar' , kalau dulu pergi kedai . "adik nak beli apa ?'
sekarang aku pergi kedai "abang cari apa ye ?" 
lepas ni mungkin "pak cik nak beli apa ?"  begitu pantas masa berlalu , kita hidup di dunia ini hanya sementara .
tetapi semua orang PASTI mahukan gelaran yang terbaik , iaitu ‘AHLI SYURGA’ .



Alhamdulillah , sekarang tinggal beberapa hari sahaja lagi . sebelum hari pernikahan . hati ini sangat berdebar , sangat berdebar . apakah aku mungkin menggigil semasa melafazkan nanti ?

Haha , aku harapnya tidaklah sebegitu . bertenang zaid . J
Masa nak tetapkan tarikh nikah haritu , tidak pula aku fikir yang sehari sebelum tu hari keluar result final semester 3 . punyalah aku risau result aku sem ni -_____- . ya allah , aku dah berusaha setakat yang aku mampu , aku sangat bersyukur kerana masih ada yang sentiasa sudi mengajar aku disebabkan aku sering tidak masuk kelas . Alhamdulillah mereka sentiasa cuba untuk membantu aku .

Ya , aku sudah banyak kali gagal dalam pelajaran , terlalu banyak , aku bukan nya seorang yang pandai dalam belajar , itu adalah kelemahan aku dan itulah kelemahan aku yang selalu menjadi bahan gelak kawan mahupun guru , dari dahulu sehingga sekarang , aku tidak pernah mengambil peduli , aku tetapkan dalam hati “aku tidak akan pernah berputus asa, sedikit pun aku tidak akan, tunjukkan pada mereka”  , tetapi aku sentiasa belajar dari ke gagalan diri sendiri , dari ke gagalan orang lain ,  walaupun sedikit .

Walaupun aku selalu tiada masa untuk study , terutamanya before quiz atau test . Alhamdulillah aku tetap dengan pendirian aku , aku tidak akan meniru , kerana aku yakin pada kebolehan diri sendiri . aku buat apa yang aku mampu , keberkatan itu sangat penting bagi aku J Alhamdulillah markah PB lebih baik dari apa yang disangka . semoga markah kesuluruhan aku juga begitu . Ameen J
Ramai yang bertanya , ‘kau ni dah ready ke nak kawin ?’ . aku hanya mampu tersenyum , kerana aku tidak akan buat sesuatu jika aku tidak bersedia J

Cause Allah is always by your side ,
In Shaa Allah you`ll find your way , Turn to Allah , He`s never far away
Put your trust in Him , Raise your hands and pray

Alhamdulillah , selepas sebulan kami berkenalan . aku diberi kekuatan untuk meminta izin dari keluarga pihak perempuan untuk berkahwin J pada awalnya umi dia minta habis diploma dulu . kali kedua meminta umi dan abah dia bagi ‘green light’ .
Rahsia ? tiada rahsia , percaya pada Allah sahaja.



Apa yang penting , kita merancang , Allah juga merancang . maka perancangan Allah pasti yang terbaik J

Alhamdulillah , aku ada banyak perancangan , jangka masa jauh dan terdekat . Ya , sangat banyak . Alhamdulillah diberi ilham yang pada mulanya aku sendiri tidak menjangka , datang secara tiba-tiba . Insyaallah cuba yang terbaik untuk merialisasikan semua perancangan .

Tiada apa yang mustahil dalam hidup ini , selagi kita berusaha mencapainya , right ?


Apa yang aku Nampak , si dia ada bakat dalam penulisan dan percakapan . aku harap , dan aku mahu membantu dia menjadi seorang penulis dan pemberi motivasi kepada remaja dan masyarakat . Insyaallah tidak mustahil dia boleh menjadi seperti idola nya Fatimah Syarha , malah boleh menjadi lebih baik dari itu . Ameen J


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 8 November 2013

aku dan CINTA


Jika mencintai seseorang jangan sampai ia merosakkan cinta kepada Allah. CINTAI Allah lebih dari segalanya  amen .

Hari ni 10/11/2013

Lepas habis main futsal pagi tadi
aku pon balik lah ke rumah . nak kemas2 rumah aku , xkan nak harapkan kakak aku je yang kemas rumah , yelah kan dulu rumah ni semua ada , tp skrg tinggal kat rumah ini aku dengan kakak aku jee . kenalah rajin2 kemas rumah kan .

masa kemas bilik aku , rasa macam begitu cepat masa berlalu . di bilik tu lah aku duduk dari kecil sehingga sekarang , xtahu kenapa dari dulu . aku ada bilik sorang , adik beradik yang lain semua duduk berdua -____- maybe perangai aku ni lain sikit, haha.

Tengok gambar2 lama aku , gambar masa aku kecik , GEMOK :3 macam2 . aku pon xtahu macam mana aku boleh ada semangat yang kuat untuk kuruskan badan masa tu . dari 113kg aku Berjaya turunkan sampai 70kg dalam masa 2bulan mcm tu je -_____- Wow! Fantastic! Haha

Masa tu cuti sekolah , so senanglah sikit untuk aku follow jadual yang aku buat sendiri , maybe lepas ni aku boleh bg motivasi kt orang untuk kuruskan badan ? haha , siapa tahu kan J

Masa nak kuruskan badan dulu memang xpernah terlintas dalam hati , dalam fikiran aku yang aku ni kuruskan badan supaya dapatlah pikat mana2 perempuan yang comel haha walaupun aku sedar yang diriku aku ni xdelah ada rupa pon , haha harapkan tinggi je . =__=

Masa tu aku just fikir yang aku perlu kuruskan kan sikit badan aku untuk menjaga KESIHATAN . supaya aku lebih SIHAT . Sekarang nip on macam2 jenis penyakit yang ada kan disebabkan masalah GEMOK Ni . Alhamdulillah aku diberikan kekuatan untuk menurunkan berat badan J dan BERJAYA wohooo . hehe

Then , masa aku kemas2 bag2 yang ada dalam bilik aku tu . aku tengok. Jumlah bag dalam bilik aku ni luar biasa banyak nya haha . yang banyak baju perempuan dari baju aku pulak tu . Haha jangan salah faham yee , baju2 perempuan tu baru je dibawa dari IPOh . pemilik baju2 tu adalah bakal isteri saya . aku bawa balik baju2 dia sebab nnti tidaklah susah kami nak bawa ke rumah aku selepas selesai kenduri kawin kami di Kelantan. Jadi untuk memudahkan kerja , baju2 yang dia nak pakai masa Praktikal , aku letak kat rumah aku dulu . lagipon nanti duduk rumah aku jugakkan , haha . xsangka aku ni dah nak kawin kan. Makin tua lah aku -_-

Dulu aku selalu terfikir , kenapa orang selalu berkata . “kau nak kawin nanti cari orang yang baik2  “ aku ni memang jenis suka bertanya walaupun orang selalu cakap soalan2 yang aku Tanya ni soalan ‘bodoh’ katanya. Its okay, aku Tanya sbb aku nak tahu. Walaupun orang selalu berkata kalau nak kawin kena cari yang baik2 (solehah) .

TAPI kenapa aku xrasa sebegitu ? bagi aku, kenapa kita sendiri xmenjadi ‘baik(soleh)’ dulu ? kenapa nak cari ?

kenapa kau xjadi baik dan kalau kau jumpa seseorang yang kau cinta , then katakanlah orang yang kau cinta itu xberapa nak baik , kau jadikanlah dia baik dengan kata lain tarbiyah dia. Kenapa xbuat begitu ? kata cinta xkan xboleh buat macam tu ? bukankah dgn cara itu lebih menunjukkan sesuatu ?
aku xpernah ada ciri2 perempuan yang aku inginkan , macam aku nak yang solehah yang tu yang ni . tetapi masa zaman GEMOK dulu , pernah aku simpan dalam hati aku nak seorang ISteri yang comel haha . walaupun aku sedar diri aku ni macam mana haha. Xsangka apa yang pernah aku inginkan aku perolehi Alhamdulillah termakbul haha

Bagi setiap suami, isteri dia pasti yang terbaik untuk dia

Kini tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum aku memikul tanggungjawab dan amanah yang lebih besar . satu tahap baru dalam hidupku .

"Apabila kita menggalakkan anak-anak muda berkahwin awal, bukan bermakna kita menggalakkan secara membabi buta dan mereka pula secara semberono menyahut seruan kahwin muda. Kita perlu menyediakan mereka dengan kit-kit yang diperlukan untuk mengharungi rumahtangga. Mereka perlu jelas dengan matlamat rumah tangga dibina. Mereka perlu tahu dan faham dengan segala tuntutan rumahtangga yang merupakan satu tanggungjawab yang berat.


Kalau sekadar berkahwin, sesiapa sahaja boleh. Namun dari segi usaha mencapai matlamat perkahwinan dalam islam dan juga penjagaan rumahtangga itu, sesiapa sahaja memerlukan persediaan yang rapi. Silap langkah, rumahtangga itu musibah."



aku yang sekarang , masa program MPP kt politeknik PD . 


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen