Blog Si Pemerhati hanya mampu bersujud: June 2014

Friday 27 June 2014

Sasaran dan Masa

Kini aku masih ada setahun lagi untuk menghabiskan Diploma ,

Ya , aku merasakan masa itu begitu pantas berlalu ,

Begitu banyak yang telah dirancang untuk tempoh 5 tahun dari sekarang,

Hanya Allah yang tahu apa yang aku rancangkan dan apa yang ingin aku capai dalam tempoh 5 tahun ini,

Perjalanan yang begitu jauh ,

Misi 5 tahun yang begitu mustahil di mata orang lain ,

Insyaallah tiada apa yang mustahil ,

Semuanya bermula dengan satu langkah , tiada langkah yang pertama makan tiada yang seterusnya ,

Semuanya bergantung pada diri aku ,

Sejauh mana usaha aku , sejauh mana kainginan aku untuk mencapainya,

Banyak yang telah aku belajar ,

Memberi disaat aku sangat memerlukan , bagaimana mahu ikhlaskan diri disaat aku sangat memerlukan,

Di situ aku belajar untuk yakin sebenar2nya ,

Aku belajar , mencuba disaat tiada peluang dihadapan ,

Aku sendiri perlu mencuba untuk mencipta peluang ,

Banyak yang telah aku belajar dan capai untuk diriku ,

Yakin kepada Allah


Aku merancang , Allah juga merancang dan perancangan Allah itu pasti yang terbaik.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen