Blog Si Pemerhati hanya mampu bersujud: May 2013

Friday 10 May 2013

~wanita~muslimah~


Assalamualaikum semua...


Harini nak cerita pasal WANITA.
Kenapa WANITA ye...dah tiba2 terfikir nak taip pasal WANITA apa boleh buat daa =___=


Kau digelar sebagai penyeri dunia, Hadirmu melengkap hubungan manusia, Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa.
Ya wanita ini sememangnya adalah penyeri di dunia ini | wanita juga adalah pelengkap hubungan manusia | xkanlah lelaki nak kahwin dgn lelaki kan, =_= mestilah dgn wanita.





Akalmu senipis bilahan rambut, Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu, Jua hatimu bak kaca yang rapuh, Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh Tercipta engkau dari rusuk lelaki, Bukan dari kaki untuk dialasi
So , kpd semua wanita2 di luar sana | perbanyakkanlah ilmu-ilmu agama kamu | supaya kamu tidak mudah terpengaruh dgn pengaruh dunia ini. Supaya kamu lebih terpelihara. Janganlah jadi begitu murahpada pandangan kaum lelaki ini dan pada sesiapa pon. Tidak salah utk berkawan dgn lelaki dan bergaul dgn lelaki, tp tetap ada batas dan adab2 nya. Jaga bahasa dan kelakuan tu apabila bergaul dgn lelaki, jgn sampai di salah sangka oleh orang lain. Jaga ikhtilat tu.




Bukan dari kepala untuk dijunjung, Tapi dekat dibahu untuk dilindung, Dekat jua di hati untuk dikasihi, Engkaulah wanita hiasan duniawi
wanita ,engkau bukannya utk dijunjung dan disanjung tinggi oleh lelaki-lelaki. Jika disanjung dan dipuji maka bersyukurlah kpd Allah dan jgnlah termakan dgn pujian duniawi itu. Ingatlah wanita, engkau bukannya permainan utk dijadikan kekasih oleh sesiapa, jika engkau begitu mudah utk beri kasih dan sayang engkau kpd yg bukan sepatutnya yakni suamimu, maka apa suamimu akan dapat? Apa beza suamimu dgn lelaki yg pernah menjadi kekasihmu? Jagalah hatimu utk suamimu.

                                         sekadar gambar hiasan


Didiklah wanita dengan keimanan, Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita itu dgn keimanan dan ketaqwaan, maka begitulah peribadi yang akan dibentuk. Jika ia didik dgn cara yang tidak betul dgn kemaksiatan dgn cara bercouple2, maka begitulah ianya akan jadi. Didiklah dgn cara yg telah Rasulullah, cara itu adalah yg terbaik.


Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan














Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

CouplE ?


Assalamualaikum semua... ^_^

tiba2 rasa nak sgt menaip mengenai COUPLE ni..ye skrg ni zaman semakin maju, manusia semakin tidak menentu hala dan arah tujunya. Mengapa ini semua terjadi??? Tepuk dada Tanya iman. IMAN, satu perkataan yang mudah disebut tetapi untuk memilikinya amatlah susah. Begitu perit dan sakit untuk manusia memilikinya. Sebenarnya untuk memiliki iman tidaklah seperit yang digambarkan. Allah telah memberi jalan kepada kita sebagai hambanya untuk memilikinya. Kita hanya perlu ikut apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang di larang. Jika semua manusia mempunyai sikap yang sebegitu,nescaya dia akan merasai manisnya iman umpama madu.
Berbalik kepada tajuk post saya kali ini iaitu COUPLE dan definisinya. Mendengar saja tentang couple, kepala yang dikurniakan akal oleh Allah ini terasa berpusing-pusing dek masalah yang semakin menghantui jiwa remaja Islam kini.
Percaya atau tidak, boleh dikatakan hampirsetiap remaja Islam kini pasti bercouple atau dalam bahasa ibundanya mempunyai kekasih hati.
Jika ditanya mengapa perlu bercouple, pasti jawapannya untuk merasa disayangi dan menyayangi. Hatta budah-budak sekolah rendah pun sudah pandai bercouple. Dalam lingkungan umur yang sebegitu, kita boleh bayangkan setakat mana pemahaman mereka tentang couple. Sungguh sedih rasanya hati ini melihat mereka. Harapan negara dalam sekelip mata musnah dek masalah ini. Itu cerita budak sekolah rendah, dan bagaimana pula remaja- remaja belasan tahun. Yang menuntut di ipta dan ipts. Sudah tentu mereka adalah generasi yang cerdik pandai . jika tidak mana mungkin mampu berjaya sehingga ke menara gading.

Memang tidak dinafikan fitrah manusia ingin disayangi, dibelai, diberi perhatian oleh orang yang tersayang. Hatta haiwan pun sebegitu perasaan dan keinginanaya.
Ingin juga disentuh tentang couple yang melibatkan remaja-remaja yang boleh dikatakan agak Islamic. Selalunya di ipta dan ipts. Masing-masing tahu mengenai hukum hakam. Tapi tetap membudayakan couple ini. Jika ditanya, apakah hukum couple?? Jawapan nya pasti haram. Tapi tetap melakukannya juga. Dimanakah silapnya??? Hanya dengan bermuhasabah diri kita akan menemui jawapannya. Allah telah berfirman bahawa “ menghampiri zina itu haram”. Apatah lagi berzina..nauzubillahiminzalik..minta di jauhkan.
saya rasa sangat sedih melihat rakan-rakan seperjuangan terlibat dengan budaya ini. Melihat kepada penampilan mereka, Alhamdulillah bertudung labuh  sejuk mata memandang. Tetapi terlibat dengan gejala ini. Sebagai sahabat, amat susah untuk menasihati mereka. Kadang-kadang mereka selalu berkata “kitorang bercouple cara Islamic”. Wujudkah couple Islamic itu?? Setahu saya, couple Islamic itu adalah dengan bernikah sahaja dan sudah halal disisi Islam. Itu lah yang sebetulnya dan amat dianjurkan dalam Islam. Walaupun tidak bersentuhan, tetapi bila berdua-duan contohnya dalam kereta apabila keluar bersama. Sudah tentu syaitan menjadi rakan yang ketiga yang sentiasa menghasut untuk melakukan kejahatan. Jikalau tidak berjumpa, sudah tentu akan bermesej sampai semua kerja terabai, tidak fokus dalam pelajaran, asyik teringat-ingat kekasih hati, rakan-rakan lain di abaikan. Inilah symptom-symptom yang melanda pasangan yang bercouple. Wajarkah ini terjadi kepada remaja islam kini terutamanya yang berpendidikan agama??? Hanya mereka yang dapat menjawabnya.
Couple ini juga mendatangkan kesan buruk, ia akan menjatuhkan maruah atau peribadi wanita itu sendiri. Contoh, apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Tambahan pula, apa keistimewaan yang diperolehi oleh suami wanita tersebut? Jika sudah ada lelaki lain sudah dapat merasa apa yang suami itu sepatutnya dapat.*saya xmaksudkan sex..selain daripada itu.




KITA MERANCANG, ALLAH JUGA MERANCANG..MAKA PERANCANGAN ALLAH ADALAH YANG TERBAIK

Oleh itu, saya harap remaja islam kini akan berubah dan teruskan perjuangan mereka dalam memartabatkan agama yang suci ini. Sama-samalah kita membersihkan hati dan elak lah semampu mungkin perbuatan couple ini..InsyaAllah dengan memohon petunjuk Allah, kita akan menemui kejayaandunia dan akhirat.


Entri ini ditujukan untuk diri sendiri dahulu sebelum orang lain.
                        
  MUNGKIN ITU KATA-KATA YANG PALING SESUAI UTK DIRI KU
              

                                           SELAMAT MENONTON~  

*aKu paling xsuka n memang xsuka lah, perempuan yg senang2 je bg no. fone dia kt lelaki..mohon terasa
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 9 May 2013

Ceritera~ <^_^>


Assalamualaikum semua~..huhu
Selesai sudah sem 2 di politeknik ungku omar, kini sem3 bakal menanti dgn pelbagai cabaran baru yg menanti

.
Sem2 ni byk perkara baru yg aku dpt belajar, byk sgt...xterhingga lah..memang bersyukur sgt kerana masih hidup sehingga kini..Alhamdulillah masih diberi peluang oleh ALLAH utk terus hidup di atas dunia ini.
aku dpt kawan baru yg istimewa nya student KKA..ya..yg kurang upaya, sepanjang aku duduk satu bilik dgn student KKA tu aku belajar, yg aku sebenarnya sgt beruntung dan sepatutnya aku PERLU bersyukur atas segala nikmat dan pemberian ALLAH kpd aku...ameen...sepatutnya aku gunakan nikmat yg ALLAH beri ini dgn baik, guna utk kebaikan bukannya dgn melakukan keburukan atau membiarkan ianya membazir begitu sahaja.


Pada sem2 ini juga aku dpt melihat seorg student yg baru sahaja memakai tudung labuh..secara jujurnya aku begitu kagum dgn semangat yg beliau tunjukkan..aku melihat dgn mata aku sendiri bagaimana susah nya beliau cuba utk menyakinkan diri beliau utk berhijarh kpd sesuatu yg lebih baik..ya.. | mungkin kadang2 aku terlalu memaksa dia melakukan sesuatu, tp mungkin itu adalah cara yg terbaik utk dirinya |..dan kini dia Nampak sgt lain..dgn sikapnya,pemakaiannya..ya..mungkin ada sedikit kekurangan, tp semua kekurangan itu boleh diperbaiki sedikit demi sedikit..insyaallah..teruskan berusaha utk perbaiki diri. :)
Sem2 ni juga aku rasa lebih tenang dan agak berpuas hati dgn pencapaian akademik aku..secara purata Nampak ada peningkatan berbanding sem1 yg lps..sem2 ni lebih teratur masa pembelajaran aku..terima kasih kpd kawan2 class yg selalu membantu aku dlm subject2 yg aku lemah..terutamanya leha yg selalu bg aku pinjam notanya, begitu juga dgn jy dan huda yg selalu bg semangat dan ajar aku subject2 yg aku xberapa nak okay, xlupa juga kpd kak dayah, afaf hakimah n syasya yg selalu study sekali kt student centre mlm..dan semua student DPM2B..terima kasih sgt2 J
Insyaallah ..hanya ALLAH yg mempu balas jasa kalian semua J


Mungkin itu serba sedikit yg boleh aku kongsikan...SO..utk sem dpn ni..aku harap dapat buat lebih baik...aku harap dpt bagi 100% komitmen utk JPP , akademik, dan apa sahaja ..cuba baga yg yg terbaik dlm apa jua...insyaallah J


Okay..sambung kerja balik..tgh nak fikir ni..program apa yg sesuai utk sem dpn..huhu...insyaallah jumpa lagi...sekian..assalamualaikum

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen