Blog Si Pemerhati hanya mampu bersujud: result sem2 !!!

Sunday 2 June 2013

result sem2 !!!

Asslamualaikum semua~

Heee...tinggal beberapa hari sahaja lagi before nak masuk ke sem3...byk cabaran sedang menanti utk sem hadapan ini...harap sentiasa diberi kekuatan utk menempuhi segala cabaran yg mendatang dgn penuh semangat dan berfikiran positif yee :D

Nak citer sikit ni..haritu punya lah xsabar nak tunggu result sem2 keluar..then mase 28/5 tu tepat jam 9pagi..aku pon buka lah laman web IPUO..err..dia tulis..TAHAN PAPARAN KEPUTUSAN ==

Aduhh...mase tu aku pon rase pelik..kenapa ? kenapa ? ...then bila difikir2 kan kembali, rupanya ada satu hari tu aku dtg lambat ke class n kad pelajar aku kena ambil oleh lecture =_=: maybe sbb tu lah...rasa menyesal lah pulak dtg lambat masa tu..harapnya sem3 ni aku akan sentiasa dtg awal ke class..biar kita tunggu lecture jgn lecture yg tunggu kita yee..hee

Yang pasti setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya :D Mungkin ALLAH masih beri aku masa utk terus meminta agar result aku cemerlang insyaAllah..or mungkin aku perlu bertaubat dgn kata lain boleh minta maaf kpd lecture2 dan kwn2 supaya ilmu yg diberi itu berkat... tawakal kepada allah J



Bila di sentuh soal TAUBAT...Allah SWT sangat suka dan gembira jika ada hamba yang ingin bertaubat dan kembali kepada-Nya.Ingat ye kawan2 Pintu taubat itu sentiasa terbuka untuk sesiapa juga yang ingin kembali kepada-Nya kerana rahmat Allah itu sangat luas.

Sebanyak manapun dosa yang pernah dilakukan manusia, Allah tetap akan mengampuninya dengan syarat mereka mahu kembali kepada Allah bila-bila saja dan tidak kira di mana juga.
Allah SWT tetap menerima taubat hamba-Nya selagi masih bernafas dan nyawanya belum sampai ke kerongkong, selagi itulah pintu taubat terus terbuka tidak kira sebanyak mana atau sebesar mana dosa dilakukan.

Nabi Muhammad SAW menceritakan dalam hadis Baginda kisah seorang lelaki yang membunuh 100 orang kembali kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya, akhirnya lelaki itu diampuni Allah dan masuk syurga. Maka jangan kita memberi alasan Allah tidak menerima taubat untuk melengah-lengahkan daripada segera bertaubat kepada Allah.



Kepada anak muda hari ini yang terlanjur dengan dosa dan maksiat kemudian terus menerus melakukan maksiat kerana menganggap Allah sudah tidak lagi menerima taubatnya.
Ini satu kesilapan besar serta tanggapan yang salah. Ramai yang lupa atau sama sekali tidak mengetahui Allah menerima taubat orang yang bertaubat. Allah menerima taubat seorang lelaki Yahudi yang membunuh 100 orang.
Pasti ramai tertanya bagaimana caranya untuk bertaubat dan kembali kepada Allah SWT. Nabi SAW menyebut dalam hadis yang disahihkan al-Albani dalam Misykat yang diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dan Ahmad.

Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah seorang hamba melakukan suatu dosa kemudian ia berwuduk dan solat dua rakaat lalu beristighfar kepada Allah dari dosa itu, kecuali Allah mengampuninya.

Kemudian Rasulullah SAW membaca ayat: Dan (juga) orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. (Surah Ali-Imran, ayat 135)

Solat dua rakaat yang Nabi sebut dalam hadis di atas ialah solat sunat taubat, amal yang pasti dan sahih bentuknya. Maka sedarlah kita semua pintu taubat masih terus terbuka selagi mana kita mahu kembali kepada-Nya.


Peluang itu sentiasa ada..jika kita tidak mendapat pahala daripada berhenti melakukan dosa, dapat pahala cuba untuk berhenti melakukan dosa itu juga ok kan ? cuba cuba dan terus mencuba..

Allah memandang usaha kita, tidak kepada hasil. Ini adalah kerana ‘memberi hasil’ ialah perbuatan Allah sedangkan perbuatan manusia ialah ‘berusaha’.


Teguran dan peringatan buat diriku yg lemah ini juga...sekian...terima kasih~ :)



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen