Blog Si Pemerhati hanya mampu bersujud: CouplE ?

Friday 10 May 2013

CouplE ?


Assalamualaikum semua... ^_^

tiba2 rasa nak sgt menaip mengenai COUPLE ni..ye skrg ni zaman semakin maju, manusia semakin tidak menentu hala dan arah tujunya. Mengapa ini semua terjadi??? Tepuk dada Tanya iman. IMAN, satu perkataan yang mudah disebut tetapi untuk memilikinya amatlah susah. Begitu perit dan sakit untuk manusia memilikinya. Sebenarnya untuk memiliki iman tidaklah seperit yang digambarkan. Allah telah memberi jalan kepada kita sebagai hambanya untuk memilikinya. Kita hanya perlu ikut apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang di larang. Jika semua manusia mempunyai sikap yang sebegitu,nescaya dia akan merasai manisnya iman umpama madu.
Berbalik kepada tajuk post saya kali ini iaitu COUPLE dan definisinya. Mendengar saja tentang couple, kepala yang dikurniakan akal oleh Allah ini terasa berpusing-pusing dek masalah yang semakin menghantui jiwa remaja Islam kini.
Percaya atau tidak, boleh dikatakan hampirsetiap remaja Islam kini pasti bercouple atau dalam bahasa ibundanya mempunyai kekasih hati.
Jika ditanya mengapa perlu bercouple, pasti jawapannya untuk merasa disayangi dan menyayangi. Hatta budah-budak sekolah rendah pun sudah pandai bercouple. Dalam lingkungan umur yang sebegitu, kita boleh bayangkan setakat mana pemahaman mereka tentang couple. Sungguh sedih rasanya hati ini melihat mereka. Harapan negara dalam sekelip mata musnah dek masalah ini. Itu cerita budak sekolah rendah, dan bagaimana pula remaja- remaja belasan tahun. Yang menuntut di ipta dan ipts. Sudah tentu mereka adalah generasi yang cerdik pandai . jika tidak mana mungkin mampu berjaya sehingga ke menara gading.

Memang tidak dinafikan fitrah manusia ingin disayangi, dibelai, diberi perhatian oleh orang yang tersayang. Hatta haiwan pun sebegitu perasaan dan keinginanaya.
Ingin juga disentuh tentang couple yang melibatkan remaja-remaja yang boleh dikatakan agak Islamic. Selalunya di ipta dan ipts. Masing-masing tahu mengenai hukum hakam. Tapi tetap membudayakan couple ini. Jika ditanya, apakah hukum couple?? Jawapan nya pasti haram. Tapi tetap melakukannya juga. Dimanakah silapnya??? Hanya dengan bermuhasabah diri kita akan menemui jawapannya. Allah telah berfirman bahawa “ menghampiri zina itu haram”. Apatah lagi berzina..nauzubillahiminzalik..minta di jauhkan.
saya rasa sangat sedih melihat rakan-rakan seperjuangan terlibat dengan budaya ini. Melihat kepada penampilan mereka, Alhamdulillah bertudung labuh  sejuk mata memandang. Tetapi terlibat dengan gejala ini. Sebagai sahabat, amat susah untuk menasihati mereka. Kadang-kadang mereka selalu berkata “kitorang bercouple cara Islamic”. Wujudkah couple Islamic itu?? Setahu saya, couple Islamic itu adalah dengan bernikah sahaja dan sudah halal disisi Islam. Itu lah yang sebetulnya dan amat dianjurkan dalam Islam. Walaupun tidak bersentuhan, tetapi bila berdua-duan contohnya dalam kereta apabila keluar bersama. Sudah tentu syaitan menjadi rakan yang ketiga yang sentiasa menghasut untuk melakukan kejahatan. Jikalau tidak berjumpa, sudah tentu akan bermesej sampai semua kerja terabai, tidak fokus dalam pelajaran, asyik teringat-ingat kekasih hati, rakan-rakan lain di abaikan. Inilah symptom-symptom yang melanda pasangan yang bercouple. Wajarkah ini terjadi kepada remaja islam kini terutamanya yang berpendidikan agama??? Hanya mereka yang dapat menjawabnya.
Couple ini juga mendatangkan kesan buruk, ia akan menjatuhkan maruah atau peribadi wanita itu sendiri. Contoh, apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Tambahan pula, apa keistimewaan yang diperolehi oleh suami wanita tersebut? Jika sudah ada lelaki lain sudah dapat merasa apa yang suami itu sepatutnya dapat.*saya xmaksudkan sex..selain daripada itu.




KITA MERANCANG, ALLAH JUGA MERANCANG..MAKA PERANCANGAN ALLAH ADALAH YANG TERBAIK

Oleh itu, saya harap remaja islam kini akan berubah dan teruskan perjuangan mereka dalam memartabatkan agama yang suci ini. Sama-samalah kita membersihkan hati dan elak lah semampu mungkin perbuatan couple ini..InsyaAllah dengan memohon petunjuk Allah, kita akan menemui kejayaandunia dan akhirat.


Entri ini ditujukan untuk diri sendiri dahulu sebelum orang lain.
                        
  MUNGKIN ITU KATA-KATA YANG PALING SESUAI UTK DIRI KU
              

                                           SELAMAT MENONTON~  

*aKu paling xsuka n memang xsuka lah, perempuan yg senang2 je bg no. fone dia kt lelaki..mohon terasa
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen