Blog Si Pemerhati hanya mampu bersujud

Tuesday, 21 October 2014

tiada tajuk .

   
Bismillah , 
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang .

Bertanya aku pada diri , " apa yang telah aku capai tahun ini ? "
termenung aku sendirian di malam yang dingin lagi sunyi ,

tiada apa yang aku capai , kerana apa ? 
tiada niat yang betul setiap apa yang aku lakukan .

Tahun 2015 tahun dengan penuh perancangan , 
kali ini aku belajar dari kesilapan diri .

Aku telah merancang setiap perkara , 
setiap hari , minggu , bulan , telah dirancang .

Namun merancang itu terlalu mudah , 
semua orang mampu merancang dengan baik . 

tetapi !? aku yakin , tidak semua yang mempu MELAKSANAKAN apa yang dirancang .
kerana apa !? DISIPLIN itu tiada dalam diri .

Mudah berubah hati , mudah berubah pendirian ,
seperti Lalang yang ditiup angin .

Semasa berumur 14 tahun , 
abah ku bertanya , " apa kamu nak jadi dah besar ? "
aku jawab " tak tahu abah "
abah ku berkata lagi " balik nanti kamu pergi tulis atas kertas , apa yang kamu suka "

ya , kini aku memahami apa yang abah ku cuba sampai kan . 
aku sangat memahami .

apa sahaja yang dilakukan niat lah kerana Allah , 
berkongsilah apa yang dimiliki walau sedikit . 
anda akan merasa bahagia . 

aku bukan si tukang tilik yang suka meramal masa hadapan , 
aku hanya si pemerhati yang suka memerhati kehidupan .

aku bertanya kepada isteri ku
 " mengapa orang bodoh nampak pandai di hadapan orang bodoh , tetapi orang pandai nampak bodoh dihadapan orang bodoh ?  "
isteri ku berkata " tak tahu "

                                                                ' fikirlah '

enam langkah penting tahun hadapan bakal aku lalui , 
semoga aku terus disiplin melaluinya .

Rancanglah masa depan anda , 
hidup anda hanya sekali ,
anda tidak punya masa untuk merasai kesemua kegagalan . 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, 27 June 2014

Sasaran dan Masa

Kini aku masih ada setahun lagi untuk menghabiskan Diploma ,

Ya , aku merasakan masa itu begitu pantas berlalu ,

Begitu banyak yang telah dirancang untuk tempoh 5 tahun dari sekarang,

Hanya Allah yang tahu apa yang aku rancangkan dan apa yang ingin aku capai dalam tempoh 5 tahun ini,

Perjalanan yang begitu jauh ,

Misi 5 tahun yang begitu mustahil di mata orang lain ,

Insyaallah tiada apa yang mustahil ,

Semuanya bermula dengan satu langkah , tiada langkah yang pertama makan tiada yang seterusnya ,

Semuanya bergantung pada diri aku ,

Sejauh mana usaha aku , sejauh mana kainginan aku untuk mencapainya,

Banyak yang telah aku belajar ,

Memberi disaat aku sangat memerlukan , bagaimana mahu ikhlaskan diri disaat aku sangat memerlukan,

Di situ aku belajar untuk yakin sebenar2nya ,

Aku belajar , mencuba disaat tiada peluang dihadapan ,

Aku sendiri perlu mencuba untuk mencipta peluang ,

Banyak yang telah aku belajar dan capai untuk diriku ,

Yakin kepada Allah


Aku merancang , Allah juga merancang dan perancangan Allah itu pasti yang terbaik.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, 17 January 2014

Untuk kalian

Untuk kalian.
Aku bermula kosong.
Aku kini melangkah, dengan seribu harapan.
Aku tidak punya apa.
Harapan ku.
Aku akan manfaat apa sahaja yang ada di hadapan ku.
Aku ingin berfikiran terbuka untuk memaparkan pengalaman membahagiakan yang kualami hanya kerana aku rasa hal itu dapat membuat kalian bahagia juga.
Aku ingin memiliki kesempatan untuk memberitakan sebanyak mungkin khabar baik untuk ku khabarkan kepada kalian.
Aku ingin bertahan di sini, dan terus memajukan diri ku walau lama masa yang mungkin aku ambil.
Aku ingin kalian tahu bahawa sejauh mana aku pergi, selama mana aku pergi, aku akan kembali.
Aku pasti akan kembali dengan sesuatu yang menggembirakan dan menyatukan apa yang telah terpisah dari kalian.
Aku pasti akan kembali, itu janji aku.
Dan aku sedang belajar untuk mewujudkannya.
Mewujudkan apa yang aku impikan.
Perjalanan aku baru bermula.
Akan ku buktikan.
Hanya Allah yang maha mengetahui apa yang tersimpan dan tersemat jauh di dalam hati aku.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, 9 January 2014

Permulaan bg aku

Alhamdulillah, aku sudah melangkah ke tahun 2014, dimana tahun bg aku merialisasikan segala impian aku yang telah tersimpan di dalam hati.

Tahun 2013 bermacam yang ku lalui, susah senang Alhamdulillah ujian bagi aku,

Ya, Allah sayang kan aku, disaat aku kehilangan seauatu yang berharga, dia beri aku sesuatu yang lebih berharga,

Melalui saat hidup sendirian ini, sesikit mencabar, tiada bantuan, tiada sokongan, melainkan dari isteri, umi dan adik beradik yang tersayang,

Aku kini melangkah, mengejar impian hidup yang selama ini aku hanya berkata, tetapi aku kini sedang melalui realitinya,

Insyaallah, semoga Allah beri kan yang terbaik pada ku


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, 12 November 2013

NOTHING IS IMPOSSIBLE :)

Hari ni 13/11/2013

Sehari sebelum hari jadi aku yang ke 19 tahun , Ya , makin berumur aku .
Umur makin meningkat , adakah iman aku juga begitu ? pahala aku juga begitu ?
Mari muhasabah diri .
baru aku sedar yang aku ni sudah 'besar' , kalau dulu pergi kedai . "adik nak beli apa ?'
sekarang aku pergi kedai "abang cari apa ye ?" 
lepas ni mungkin "pak cik nak beli apa ?"  begitu pantas masa berlalu , kita hidup di dunia ini hanya sementara .
tetapi semua orang PASTI mahukan gelaran yang terbaik , iaitu ‘AHLI SYURGA’ .



Alhamdulillah , sekarang tinggal beberapa hari sahaja lagi . sebelum hari pernikahan . hati ini sangat berdebar , sangat berdebar . apakah aku mungkin menggigil semasa melafazkan nanti ?

Haha , aku harapnya tidaklah sebegitu . bertenang zaid . J
Masa nak tetapkan tarikh nikah haritu , tidak pula aku fikir yang sehari sebelum tu hari keluar result final semester 3 . punyalah aku risau result aku sem ni -_____- . ya allah , aku dah berusaha setakat yang aku mampu , aku sangat bersyukur kerana masih ada yang sentiasa sudi mengajar aku disebabkan aku sering tidak masuk kelas . Alhamdulillah mereka sentiasa cuba untuk membantu aku .

Ya , aku sudah banyak kali gagal dalam pelajaran , terlalu banyak , aku bukan nya seorang yang pandai dalam belajar , itu adalah kelemahan aku dan itulah kelemahan aku yang selalu menjadi bahan gelak kawan mahupun guru , dari dahulu sehingga sekarang , aku tidak pernah mengambil peduli , aku tetapkan dalam hati “aku tidak akan pernah berputus asa, sedikit pun aku tidak akan, tunjukkan pada mereka”  , tetapi aku sentiasa belajar dari ke gagalan diri sendiri , dari ke gagalan orang lain ,  walaupun sedikit .

Walaupun aku selalu tiada masa untuk study , terutamanya before quiz atau test . Alhamdulillah aku tetap dengan pendirian aku , aku tidak akan meniru , kerana aku yakin pada kebolehan diri sendiri . aku buat apa yang aku mampu , keberkatan itu sangat penting bagi aku J Alhamdulillah markah PB lebih baik dari apa yang disangka . semoga markah kesuluruhan aku juga begitu . Ameen J
Ramai yang bertanya , ‘kau ni dah ready ke nak kawin ?’ . aku hanya mampu tersenyum , kerana aku tidak akan buat sesuatu jika aku tidak bersedia J

Cause Allah is always by your side ,
In Shaa Allah you`ll find your way , Turn to Allah , He`s never far away
Put your trust in Him , Raise your hands and pray

Alhamdulillah , selepas sebulan kami berkenalan . aku diberi kekuatan untuk meminta izin dari keluarga pihak perempuan untuk berkahwin J pada awalnya umi dia minta habis diploma dulu . kali kedua meminta umi dan abah dia bagi ‘green light’ .
Rahsia ? tiada rahsia , percaya pada Allah sahaja.



Apa yang penting , kita merancang , Allah juga merancang . maka perancangan Allah pasti yang terbaik J

Alhamdulillah , aku ada banyak perancangan , jangka masa jauh dan terdekat . Ya , sangat banyak . Alhamdulillah diberi ilham yang pada mulanya aku sendiri tidak menjangka , datang secara tiba-tiba . Insyaallah cuba yang terbaik untuk merialisasikan semua perancangan .

Tiada apa yang mustahil dalam hidup ini , selagi kita berusaha mencapainya , right ?


Apa yang aku Nampak , si dia ada bakat dalam penulisan dan percakapan . aku harap , dan aku mahu membantu dia menjadi seorang penulis dan pemberi motivasi kepada remaja dan masyarakat . Insyaallah tidak mustahil dia boleh menjadi seperti idola nya Fatimah Syarha , malah boleh menjadi lebih baik dari itu . Ameen J


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, 8 November 2013

aku dan CINTA


Jika mencintai seseorang jangan sampai ia merosakkan cinta kepada Allah. CINTAI Allah lebih dari segalanya  amen .

Hari ni 10/11/2013

Lepas habis main futsal pagi tadi
aku pon balik lah ke rumah . nak kemas2 rumah aku , xkan nak harapkan kakak aku je yang kemas rumah , yelah kan dulu rumah ni semua ada , tp skrg tinggal kat rumah ini aku dengan kakak aku jee . kenalah rajin2 kemas rumah kan .

masa kemas bilik aku , rasa macam begitu cepat masa berlalu . di bilik tu lah aku duduk dari kecil sehingga sekarang , xtahu kenapa dari dulu . aku ada bilik sorang , adik beradik yang lain semua duduk berdua -____- maybe perangai aku ni lain sikit, haha.

Tengok gambar2 lama aku , gambar masa aku kecik , GEMOK :3 macam2 . aku pon xtahu macam mana aku boleh ada semangat yang kuat untuk kuruskan badan masa tu . dari 113kg aku Berjaya turunkan sampai 70kg dalam masa 2bulan mcm tu je -_____- Wow! Fantastic! Haha

Masa tu cuti sekolah , so senanglah sikit untuk aku follow jadual yang aku buat sendiri , maybe lepas ni aku boleh bg motivasi kt orang untuk kuruskan badan ? haha , siapa tahu kan J

Masa nak kuruskan badan dulu memang xpernah terlintas dalam hati , dalam fikiran aku yang aku ni kuruskan badan supaya dapatlah pikat mana2 perempuan yang comel haha walaupun aku sedar yang diriku aku ni xdelah ada rupa pon , haha harapkan tinggi je . =__=

Masa tu aku just fikir yang aku perlu kuruskan kan sikit badan aku untuk menjaga KESIHATAN . supaya aku lebih SIHAT . Sekarang nip on macam2 jenis penyakit yang ada kan disebabkan masalah GEMOK Ni . Alhamdulillah aku diberikan kekuatan untuk menurunkan berat badan J dan BERJAYA wohooo . hehe

Then , masa aku kemas2 bag2 yang ada dalam bilik aku tu . aku tengok. Jumlah bag dalam bilik aku ni luar biasa banyak nya haha . yang banyak baju perempuan dari baju aku pulak tu . Haha jangan salah faham yee , baju2 perempuan tu baru je dibawa dari IPOh . pemilik baju2 tu adalah bakal isteri saya . aku bawa balik baju2 dia sebab nnti tidaklah susah kami nak bawa ke rumah aku selepas selesai kenduri kawin kami di Kelantan. Jadi untuk memudahkan kerja , baju2 yang dia nak pakai masa Praktikal , aku letak kat rumah aku dulu . lagipon nanti duduk rumah aku jugakkan , haha . xsangka aku ni dah nak kawin kan. Makin tua lah aku -_-

Dulu aku selalu terfikir , kenapa orang selalu berkata . “kau nak kawin nanti cari orang yang baik2  “ aku ni memang jenis suka bertanya walaupun orang selalu cakap soalan2 yang aku Tanya ni soalan ‘bodoh’ katanya. Its okay, aku Tanya sbb aku nak tahu. Walaupun orang selalu berkata kalau nak kawin kena cari yang baik2 (solehah) .

TAPI kenapa aku xrasa sebegitu ? bagi aku, kenapa kita sendiri xmenjadi ‘baik(soleh)’ dulu ? kenapa nak cari ?

kenapa kau xjadi baik dan kalau kau jumpa seseorang yang kau cinta , then katakanlah orang yang kau cinta itu xberapa nak baik , kau jadikanlah dia baik dengan kata lain tarbiyah dia. Kenapa xbuat begitu ? kata cinta xkan xboleh buat macam tu ? bukankah dgn cara itu lebih menunjukkan sesuatu ?
aku xpernah ada ciri2 perempuan yang aku inginkan , macam aku nak yang solehah yang tu yang ni . tetapi masa zaman GEMOK dulu , pernah aku simpan dalam hati aku nak seorang ISteri yang comel haha . walaupun aku sedar diri aku ni macam mana haha. Xsangka apa yang pernah aku inginkan aku perolehi Alhamdulillah termakbul haha

Bagi setiap suami, isteri dia pasti yang terbaik untuk dia

Kini tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum aku memikul tanggungjawab dan amanah yang lebih besar . satu tahap baru dalam hidupku .

"Apabila kita menggalakkan anak-anak muda berkahwin awal, bukan bermakna kita menggalakkan secara membabi buta dan mereka pula secara semberono menyahut seruan kahwin muda. Kita perlu menyediakan mereka dengan kit-kit yang diperlukan untuk mengharungi rumahtangga. Mereka perlu jelas dengan matlamat rumah tangga dibina. Mereka perlu tahu dan faham dengan segala tuntutan rumahtangga yang merupakan satu tanggungjawab yang berat.


Kalau sekadar berkahwin, sesiapa sahaja boleh. Namun dari segi usaha mencapai matlamat perkahwinan dalam islam dan juga penjagaan rumahtangga itu, sesiapa sahaja memerlukan persediaan yang rapi. Silap langkah, rumahtangga itu musibah."



aku yang sekarang , masa program MPP kt politeknik PD . 


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, 16 October 2013

sikit je lagi ^^

Alhamdulillah , sebulan lebih sahaja lagi sebelum hari yang ditunggu :)
Final Exam juga semakin dekat , xboleh 'pandang sebelah mata je' heee .
xPERNAH jangka yang aku bakal 'NIKAH' dalam masa terdekat ni :)

pejam celik , pejam celik . tak pernah aku sangka 

yang tahun ini tahun terakhir aku menyambut bulan 

Ramadhan , Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya 

Aidiladha
 
dgn status "SINGLE" . tahun depan InsyaAllah ada 

peneman :)) .
hati ni rasa berdebar jeee . lepas ni makin bertambah lah FAMILY  heee
dan buat pertama kali nye aku akan ada kampung selepas ni :) huhu , selama ni duk 'hutan batu' jeee . almaklumlah orang KL . haha
bila dah nak NIKAH ni , baru rasa DUGAAN2 sebelum NIKAH . banyak sangat. dugaan NAFSU , ada yang pandang POSITIVE dan ada juga yg memandang dr sudut NEGATIVE . 
kita berlapang dada sahaja terhadap semua pandangan orang , terima sahaja dan MUHASABAH balik . kalau ada yang kurang , kita perbaiki . yakin bahawa apa yang kita buat adalah untuk menjaga diri kita dan pasangan . :)


Alhamdulillah , bersyukur sangat kerana FAMILY memberi IZIN untuk NIKAH pada usia muda . 
YE , kena ada ReDha ibu bapa baru BERKAT perkahwinan ni ^_^ 
Insyaallah bila berkahwin , terlepas sudah satu beban iaitu MAKSIAT .


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, 24 September 2013

Final Exam :))

Pejam celik pejam celik , tinggal lagi beberapa minggu je nak Final Exam .
Perasaan nak menghadapi final exam kali ni , Ya Allah , hanya Allah yang tahu ,
sangat berdebar , risau dan macam-macam lagi .
Kalau masa sem1 dulu , masa study masa untuk study tu SANGAT BANYAK . 
Tapi malangnya aku tidak menggunakan dan menguruskan masa tu dengan baik .

Masuk sem2 masa untuk aku study semakin lama semakin sedikit , 
Senang cerita masa untuk study tu boleh kata takde lah -_- huhh .
Sibuk dengan MPP nye ,  program-program nye , meeting petang malam -_-
Tapi aku tak pernah mengeluh , tidak pernah mengeluh
sebab sebelum aku menjadi MPP aku sudah jangka perkara macam ni pasti akan berlaku .

Ya , menjadi salah seorang MPP adalah target aku bila masuk IPTA .
Alhamdulillah tercapai .
Namun , jawatan bukan sesuatu yang perlu dibanggakan .
tapi , ia merupakan suatu amanah yang diberi kepada kita .

namun masih Ada juga lecture yang mungkin xmemahami , 
bila aku xmasuk class walaupun bersurat , buat muka 'pelik' dia , 
perli-perli dalam class , *dalam hati , ada aku kesah ? -_-
tu masa sem2 je lah , Alhamdulillah sem3 lecture semua terbaik lah (Y)
hahaha

macam mana study aku sem3 ni ?
aku pon xtahulah -_- buat masa ni study bila ada quiz n test jee
presentation spontan , errr
untuk Final Exam sem3 ni aku sampai sekarang , 
still xprepare apa-apa dan belum sedia , 
now , aku nak fokus pada 3 / 2 program yang terakhir , 
then , baru aku mula study , 'study smart' yeeaaahhh

WAKTU LAPANG SEBELUM SEMPIT

hope , aku dapat memanfaat kan masa dengan sebaik mungkin .
Insyaallah , ameennn












Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, 4 September 2013

M.A.L.U

MALU
memang sangat MALU .
MALU pada ALLAH
MALU pada diri sendiri ,
MALU pada keluarga ,
MALU sesiapa yang mempercayai diri ,
itu sahaja yang mampuku ungkapkan .

hanya ALLAH yang tahu apa yang tersimpan di hatiku ini , 
mungkin ini adalah pengajaran yang terbaik buat diriku ini ,
walaupun perkara tersebut aku amat benci , 
tetapi akhirnya perkara tersebut yang ku lakukan , 
kuatkan hati , kuatkan iman , semoga ianya tidak berulang kembali .
insyaallah, amen .




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, 22 August 2013

Engaged <^_^>

assalamualaikum,

alhamdulillah, selesai sudah majlis pertunangan aku pada beberapa minggu yang lepas :)
sebenarnye memang plan xnak bgtahu sesiapa tentang majlis pertunangan ni , mungkin kerana tiada keperluan untuk dihebohkan = =
Lainlah kalau time nak nikah nnti ~ Insyaallah zaid jemput semua yaa,..


After majlis pertunangan tu, zaid g jalan2 dengan family zaid.
Pergi ke rumah Tok Guru dengan harapan boleh lah berjumpa dengan Tok Guru sekejap,
tanye budak2 dekat masjid rumah Tok Guru tu, budak tu kata "Tok Guru keluar"
aduhh...xde rezeki nampaknya nak berjumpa dengan Tok Guru ^^:


amik gambar dengan rumah pon okay ^^:

 Teringat pula kisah lama, masa tu Tok Guru pernah datang ke rumah zaid sebab ada ceramah | masa tu rumah zaid penuh dengan FRU...err..dah2, xnak cerita banyak2

then kami ke Masjid Kubang Kerian, masa masuk dalam masjid tu..mata ni ternampak sesuatu yang boleh dianggap sangat luar biasa | sebab sebelum ni xpernah nampak | nampak kipas yang sangattttt besarr
HAHA, tengok gambar je lahh senang sikit.

\
besarkan -_-:

lepas dah habis solat zohor kat Masjid Kubang Kerian tu, online kejapp .
nampak notti fb banyak semacam je = =
 APAKAH?
cek lah noti tu, Adik Su n Kak ngah upload gambar majlis pertunangan tu -_-
dalam hati *alaaaaa,,awal nye upload...
pastu ramai inbox kt fb , "tahniah zaid" zaid bukan xnak reply, tapi hmmm..


gambar yang di upload oleh adik su ^^ 


amboi -_- 


sekarang ni tengah cuba untuk fokus pada study and nikah insyaallah :)
semoga diberi kekuatan untuk focus pada kedua duanya

dalam kegembiraan itu ada juga yang masih tidak berpuas hati..biarkan, semoga dilembutkan hati :)

dalam masa terdekat ni zaid akan buat business yang terbaru!! support yee heee
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, 18 August 2013

Beraya ~

Assalammualaikum .

Selamat hari raya Aidilfitri J

Sepanjang hidup aku ni, Buat pertama kali nyee pada tahun Tahun ni aku beraya di dua negeri iaitu Selangor dan Kelantan !!


Raya pertama n kedua aku beraya di Selangor bersama family kuu, xbanyak rumah pon g ziarah, yg dekat2 jee.. masuk je raya ketiga malam tu aku pon bertolak ke Kelantan..huhu sambil ditemani sahabat aku Faruuq . nasib baiklah ade penemaan, kalau x kesunyian lah akuu..hee





Aik?? Hang  g beraya kt Kelantan buat apa ? aku ni Anak jati Selangor,lahir n membesar di Selangor, xde sedara mara asal Kelantan, buat g beraya kt Kelantan ?..haha
Beraya kat Kelantan tahun nip pon sebab nak kene jadi pengapit, kak long afaf tu kahwin..so kenelah jadi pengapit.huhu xpernah aku jadi pengapit ni, nervouslah jugakk.


saya , afaf , kak ngah , abg din



jadi pengapit ==

lame jugaklah aku duk kt Kelantan, dalam 4 hari kt SA Villa dengan Faruuq* best jugak duk kt situ sejukk jee..huhu  
setiap hari ade jee tempat aku g, wakaf che yeh tu dah bape kali tah aku g haha,  borong  jersey aku dengan faruuq*murah lah katakan


SA vILLA~

Aku dan Faruuq

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, 31 July 2013

H-I-L-A-N-G

APABILA TERLALU BANYAK YANG DIFIKIR, AKAN KU HILANG. HILANG BUAT SEMENTARA WAKTU.

 sembunyikan langkahmu

jejakmu kian pudar
tak tahu harus kemana mencari
keempat mata angin pun pasi membisu
tak berkata tak bicara
semoga redup padam kabarmu
membawa jelaga ke ujung bahagia
untuk kemarin dan nanti...


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, 8 June 2013

PASCA PRU 13


Firman Allah swt, Al Anfaal: 27. Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah swt dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan keatas kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).

putrajaya01PUTRAJAYA

            Assalamualaikum semua, hampir sebulan lebih sudah berlalunya PRU13. PRU yang boleh dikatakan paling sengit dalam sejarah MALAYSIA. Kali ini hamper di semua kerusi berlakunya pertandingan 2penjuru antara PAKATAN RAKYAT VS BN *ada pertandingan 3penjuru atau lebih di sesetengah kerusi. Dan seperti yang semua sedia maklum, BN telah memenangi PRU13.
keputusan PRU13

Apa yang mahu saya perkatakan disini adalah BERSIHkah PRU13 ini ?
daku menongkah arus demi melihat kebenaran ditegakkan~

   BEBAS Mungkin ramai yang mula menimbulkan keraguan tersendiri, samada ia terbit secara sendirinya dengan pengamatan sendiri atau dengan hasutan mana-mana pihak. Atau memang ia sengaja ditimbulkan atas matlamat tertentu yang barangkali lebih panjang dan unjurannya sungguh sukar ditafsirkan. Keraguan sememangnya wajar ada, dilayani dan dibiarkan, tetapi setiap keraguan ada akar dan ada pucuknya. Persoalannya, mampukah sesebuah keraguan yang sesetengahnya dianggap tidak berasas menjadi nyata? Atau setengahnya menganggap ia sebenarnya terjadi hanya sekadar sebuah dongeng cerita?



MARI KITA LIHAT KEJADIAN2 YANG BERLAKU SEPANJANG PRU13 INI, ADA JUGA KEJADIAN  YANG BERLAKU DI HADAPAN MATA AKU SENDIRI.

 1- Kenderaan yang membawa peti undi tiba-tiba lari daripada jalan asal ke pusat pengumpulan undi. Menghilang. Kemudiannya muncul balik.

2- Tong peti undi ditukar di pertengahan jalan. Ada juga tong yang hilang.

3- Pada saat-saat akhir, tong yang hilang, tiba-tiba sampai di pusat penjumlahan undi.

4- Di saat kiraan undi yang menunjukkan PR sedang mendahului BN, tiba-tiba blackout.

5- Di saat-saat akhir, BN membantah pengiraan undi yang didahului PR menyebabkan undi terpaksa dikira semula.

6- Beberapa buah teksi berpenumpang daripada luar masuk ke tempat pengundian tanpa ada sebarang sekatan daripada polis sedangkan hanya kenderaan petugas & yang berkenaan dibenarkan masuk itupun sebelum pusat pengundian dibuka. Pengundi hantu?

7- Mat-mat Bangla yang tidak kenal siapakah PM Malaysia dibenarkan untuk mengundi. Polis biar je. Alasannya dia ada IC. Saya tanya anda jujur, anda boleh beza tak seorang bangla dengan seorang mamak? Tengok slang cakap pun dah tahu kan.

8- Orang yang sama mengundi lebih daripada satu pusat mengundi. Macamana tu?

9- Dakwat yang dikatakan kekal sehingga masa 5-6 hari boleh hilang dalam masa 5-6 minit.

10- Seorang yang masih belum mengundi tetapi bila tiba di pusat mengundi, dia direkodkan sudah mengundi. Siapa yang undi untuk dia?

11- Pengundi yang kurang upaya atau uzur, undi mereka dipangkah oleh petugas spr. Bila nak tengok apa yang dipangkahnya, petugas itu tidak membenarkan malah terus memasukkannya dalam peti undi. Mana hak sebagai seorang pengundi?

12- Pegawai SPR yang bertugas di pusat mengundi tidak mahu menandatangani Borang 14 walaupun sudah dikira jelas di pusat itu kemenangan berpihak kepada PR.

13- Di pusat penjumlahan undi, tong dibawa ke sana menaiki teksi ikut jalan belakang? Mana perginya kenderaan rasmi SPR? Kenapa jalan belakang?

14- Undi Awal disimpan di balai polis sebelum 5 Mei tanpa ada seorang pun wakil parti politik dibenarkan untuk mengawasinya?

15- Undi Pos semuanya berpihak kepada BN?

16- Pensel turut disediakan kepada pengundi ketika ingin memangkah? Kenapa tidak bagi hanya pen? Untuk memudahkan usaha memadamnya kah?

17- Sesetengah tempat undi rosak lebih tinggi, daripada undi majoriti. Kenapa?

18- Van berlogo BN masuk ke pusat mengundi sedangkan pengundi yang pakai baju berlogo parti pun tak boleh masuk inikan pula van. Pelik.

19- Di beberapa kawasan yang BN kalah pada kiraan undi awal. kemudiannya BN pulak    yang menang pada saat-saat akhir selepas dibuat kiraan semula berulang-ulang kali. Menang pulak dengan majoriti ratus-ratus pula, ada yang melebihi seribu. Takkan kiraan pertama tu salah kira sampai banyak tu sekali. Tak pandai mengira? Mana datang undi-undi tu?

20- Peti undi dibawa ke tempat pengumpulan dengan helikopter berlogo MCA. Kenapa?
Siapa yang mempunyai maklumat dan info lain bolehlah tambah di ruangan komen di bawah. Mohon share artikel ini di facebook dan twitter anda semua. Biar semua rakan-rakan macai anda celik! ^^

mana satu yang mempunyai majoriti melayu ? 

Persoalan seterusnya, benarkah DAP hanya parti sesebuah kaum sahaja? Tuduhan ini langsung tidak masuk akal kerana parti DAP ialah parti yang bebas, di dalamnya ada kaum melayu yang juga pernah bertanding. Perkara ini bukan baharu, pada tahun 1999, empat calon DAP daripada kaum Melayu telah bertanding dan dua daripadanya menang iaitu Ibrahim Singah dan Hassan Ahmad. Terkini pula, PRU 13 mencatat kemenangan buat kaum melayu DAP iaitu Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dengan memenangi Dun Mentakab apabila mendapat 7,882 undi menewaskan Chuah Boon Seng (MCA-BN) dengan majoriti 1,554 undi. Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz pula memenangi kerusi Parlimen Raub dengan memperoleh 23,415 undi apabila menewaskan Datuk Hoh Khai Mun (MCA-BN) dengan meajoriti 2,814 undi. Zairil Khir Johari pula memenangi kerusi Parlimen Bukit Bendera dengan majoriti 12,813 undi apabila mendapat 45,591 undi menewaskan Teh Leong Meng (Gerakan-BN) yang hanya mendapat 12,813 undi. Jika DAP tewas, siapa MCA yang akan memenanginya. Jadi, adakah MCA itu bukan Cina. Jangan cuba timbulkan isu perkauman.


Apabila DAP banyak memenangi kerusi parlimen, ia menarik perhatian ramai pihak dan semestinya parti komponen lain seperti PAS dan PKR mengambil pengajaran tentang apakah taktik dan strategi DAP memenangi hati pengundi di tempat majoriti bukan melayu dan apakah kekuatan DAP yang dimaksimumkan. Di dalam era menuju politik matang, sentimen perkauman adalah penghalang kemajuan sesebuah negara untuk bersikap stabil politik dan memusnahkan mentaliti masyarakat yang sepatutnya dipandu dengan ilmu dan maklumat, dan diberi kebebasan menilai dan membanding. Sepertinya pihak yang kerap menyala-apikan sentimen perkauman seperti tidak berminat untuk melihat Malaysia menuju ke arah politik matang dan terkehadapan, bebas korupsi dan monopoli, masing-masingnya bersaing melakukan kebaikan buat rakyat.


Semoga memberi manfaat :)

*peringatan buat diri ku ini juga

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, 4 June 2013

#SEGMENT : MARI TAMBAH KENALAN BLOGGER BY MR.K

#SEGMENT MARI TAMBAH KENALAN BLOGGER BY MR.K

salam

follower skrg : 0


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, 2 June 2013

result sem2 !!!

Asslamualaikum semua~

Heee...tinggal beberapa hari sahaja lagi before nak masuk ke sem3...byk cabaran sedang menanti utk sem hadapan ini...harap sentiasa diberi kekuatan utk menempuhi segala cabaran yg mendatang dgn penuh semangat dan berfikiran positif yee :D

Nak citer sikit ni..haritu punya lah xsabar nak tunggu result sem2 keluar..then mase 28/5 tu tepat jam 9pagi..aku pon buka lah laman web IPUO..err..dia tulis..TAHAN PAPARAN KEPUTUSAN ==

Aduhh...mase tu aku pon rase pelik..kenapa ? kenapa ? ...then bila difikir2 kan kembali, rupanya ada satu hari tu aku dtg lambat ke class n kad pelajar aku kena ambil oleh lecture =_=: maybe sbb tu lah...rasa menyesal lah pulak dtg lambat masa tu..harapnya sem3 ni aku akan sentiasa dtg awal ke class..biar kita tunggu lecture jgn lecture yg tunggu kita yee..hee

Yang pasti setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya :D Mungkin ALLAH masih beri aku masa utk terus meminta agar result aku cemerlang insyaAllah..or mungkin aku perlu bertaubat dgn kata lain boleh minta maaf kpd lecture2 dan kwn2 supaya ilmu yg diberi itu berkat... tawakal kepada allah J



Bila di sentuh soal TAUBAT...Allah SWT sangat suka dan gembira jika ada hamba yang ingin bertaubat dan kembali kepada-Nya.Ingat ye kawan2 Pintu taubat itu sentiasa terbuka untuk sesiapa juga yang ingin kembali kepada-Nya kerana rahmat Allah itu sangat luas.

Sebanyak manapun dosa yang pernah dilakukan manusia, Allah tetap akan mengampuninya dengan syarat mereka mahu kembali kepada Allah bila-bila saja dan tidak kira di mana juga.
Allah SWT tetap menerima taubat hamba-Nya selagi masih bernafas dan nyawanya belum sampai ke kerongkong, selagi itulah pintu taubat terus terbuka tidak kira sebanyak mana atau sebesar mana dosa dilakukan.

Nabi Muhammad SAW menceritakan dalam hadis Baginda kisah seorang lelaki yang membunuh 100 orang kembali kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya, akhirnya lelaki itu diampuni Allah dan masuk syurga. Maka jangan kita memberi alasan Allah tidak menerima taubat untuk melengah-lengahkan daripada segera bertaubat kepada Allah.



Kepada anak muda hari ini yang terlanjur dengan dosa dan maksiat kemudian terus menerus melakukan maksiat kerana menganggap Allah sudah tidak lagi menerima taubatnya.
Ini satu kesilapan besar serta tanggapan yang salah. Ramai yang lupa atau sama sekali tidak mengetahui Allah menerima taubat orang yang bertaubat. Allah menerima taubat seorang lelaki Yahudi yang membunuh 100 orang.
Pasti ramai tertanya bagaimana caranya untuk bertaubat dan kembali kepada Allah SWT. Nabi SAW menyebut dalam hadis yang disahihkan al-Albani dalam Misykat yang diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dan Ahmad.

Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah seorang hamba melakukan suatu dosa kemudian ia berwuduk dan solat dua rakaat lalu beristighfar kepada Allah dari dosa itu, kecuali Allah mengampuninya.

Kemudian Rasulullah SAW membaca ayat: Dan (juga) orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. (Surah Ali-Imran, ayat 135)

Solat dua rakaat yang Nabi sebut dalam hadis di atas ialah solat sunat taubat, amal yang pasti dan sahih bentuknya. Maka sedarlah kita semua pintu taubat masih terus terbuka selagi mana kita mahu kembali kepada-Nya.


Peluang itu sentiasa ada..jika kita tidak mendapat pahala daripada berhenti melakukan dosa, dapat pahala cuba untuk berhenti melakukan dosa itu juga ok kan ? cuba cuba dan terus mencuba..

Allah memandang usaha kita, tidak kepada hasil. Ini adalah kerana ‘memberi hasil’ ialah perbuatan Allah sedangkan perbuatan manusia ialah ‘berusaha’.


Teguran dan peringatan buat diriku yg lemah ini juga...sekian...terima kasih~ :)



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen