Blog Si Pemerhati hanya mampu bersujud

Friday, 10 May 2013

~wanita~muslimah~


Assalamualaikum semua...


Harini nak cerita pasal WANITA.
Kenapa WANITA ye...dah tiba2 terfikir nak taip pasal WANITA apa boleh buat daa =___=


Kau digelar sebagai penyeri dunia, Hadirmu melengkap hubungan manusia, Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa.
Ya wanita ini sememangnya adalah penyeri di dunia ini | wanita juga adalah pelengkap hubungan manusia | xkanlah lelaki nak kahwin dgn lelaki kan, =_= mestilah dgn wanita.





Akalmu senipis bilahan rambut, Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu, Jua hatimu bak kaca yang rapuh, Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh Tercipta engkau dari rusuk lelaki, Bukan dari kaki untuk dialasi
So , kpd semua wanita2 di luar sana | perbanyakkanlah ilmu-ilmu agama kamu | supaya kamu tidak mudah terpengaruh dgn pengaruh dunia ini. Supaya kamu lebih terpelihara. Janganlah jadi begitu ‘murah’pada pandangan kaum lelaki ini dan pada sesiapa pon. Tidak salah utk berkawan dgn lelaki dan bergaul dgn lelaki, tp tetap ada batas dan adab2 nya. Jaga bahasa dan kelakuan tu apabila bergaul dgn lelaki, jgn sampai di salah sangka oleh orang lain. Jaga ikhtilat tu.




Bukan dari kepala untuk dijunjung, Tapi dekat dibahu untuk dilindung, Dekat jua di hati untuk dikasihi, Engkaulah wanita hiasan duniawi
wanita ,engkau bukannya utk dijunjung dan disanjung tinggi oleh lelaki-lelaki. Jika disanjung dan dipuji maka bersyukurlah kpd Allah dan jgnlah termakan dgn pujian duniawi itu. Ingatlah wanita, engkau bukannya permainan utk dijadikan kekasih oleh sesiapa, jika engkau begitu mudah utk beri kasih dan sayang engkau kpd yg bukan sepatutnya yakni suamimu, maka apa suamimu akan dapat? Apa beza suamimu dgn lelaki yg pernah menjadi kekasihmu? Jagalah hatimu utk suamimu.

                                         sekadar gambar hiasan


Didiklah wanita dengan keimanan, Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita itu dgn keimanan dan ketaqwaan, maka begitulah peribadi yang akan dibentuk. Jika ia didik dgn cara yang tidak betul dgn kemaksiatan dgn cara bercouple2, maka begitulah ianya akan jadi. Didiklah dgn cara yg telah Rasulullah, cara itu adalah yg terbaik.


Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan














Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

CouplE ?


Assalamualaikum semua... ^_^

tiba2 rasa nak sgt menaip mengenai COUPLE ni..ye skrg ni zaman semakin maju, manusia semakin tidak menentu hala dan arah tujunya. Mengapa ini semua terjadi??? Tepuk dada Tanya iman. IMAN, satu perkataan yang mudah disebut tetapi untuk memilikinya amatlah susah. Begitu perit dan sakit untuk manusia memilikinya. Sebenarnya untuk memiliki iman tidaklah seperit yang digambarkan. Allah telah memberi jalan kepada kita sebagai hambanya untuk memilikinya. Kita hanya perlu ikut apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang di larang. Jika semua manusia mempunyai sikap yang sebegitu,nescaya dia akan merasai manisnya iman umpama madu.
Berbalik kepada tajuk post saya kali ini iaitu COUPLE dan definisinya. Mendengar saja tentang couple, kepala yang dikurniakan akal oleh Allah ini terasa berpusing-pusing dek masalah yang semakin menghantui jiwa remaja Islam kini.
Percaya atau tidak, boleh dikatakan hampirsetiap remaja Islam kini pasti bercouple atau dalam bahasa ibundanya mempunyai kekasih hati.
Jika ditanya mengapa perlu bercouple, pasti jawapannya untuk merasa disayangi dan menyayangi. Hatta budah-budak sekolah rendah pun sudah pandai bercouple. Dalam lingkungan umur yang sebegitu, kita boleh bayangkan setakat mana pemahaman mereka tentang couple. Sungguh sedih rasanya hati ini melihat mereka. Harapan negara dalam sekelip mata musnah dek masalah ini. Itu cerita budak sekolah rendah, dan bagaimana pula remaja- remaja belasan tahun. Yang menuntut di ipta dan ipts. Sudah tentu mereka adalah generasi yang cerdik pandai . jika tidak mana mungkin mampu berjaya sehingga ke menara gading.

Memang tidak dinafikan fitrah manusia ingin disayangi, dibelai, diberi perhatian oleh orang yang tersayang. Hatta haiwan pun sebegitu perasaan dan keinginanaya.
Ingin juga disentuh tentang couple yang melibatkan remaja-remaja yang boleh dikatakan agak Islamic. Selalunya di ipta dan ipts. Masing-masing tahu mengenai hukum hakam. Tapi tetap membudayakan couple ini. Jika ditanya, apakah hukum couple?? Jawapan nya pasti haram. Tapi tetap melakukannya juga. Dimanakah silapnya??? Hanya dengan bermuhasabah diri kita akan menemui jawapannya. Allah telah berfirman bahawa “ menghampiri zina itu haram”. Apatah lagi berzina..nauzubillahiminzalik..minta di jauhkan.
saya rasa sangat sedih melihat rakan-rakan seperjuangan terlibat dengan budaya ini. Melihat kepada penampilan mereka, Alhamdulillah bertudung labuh  sejuk mata memandang. Tetapi terlibat dengan gejala ini. Sebagai sahabat, amat susah untuk menasihati mereka. Kadang-kadang mereka selalu berkata “kitorang bercouple cara Islamic”. Wujudkah couple Islamic itu?? Setahu saya, couple Islamic itu adalah dengan bernikah sahaja dan sudah halal disisi Islam. Itu lah yang sebetulnya dan amat dianjurkan dalam Islam. Walaupun tidak bersentuhan, tetapi bila berdua-duan contohnya dalam kereta apabila keluar bersama. Sudah tentu syaitan menjadi rakan yang ketiga yang sentiasa menghasut untuk melakukan kejahatan. Jikalau tidak berjumpa, sudah tentu akan bermesej sampai semua kerja terabai, tidak fokus dalam pelajaran, asyik teringat-ingat kekasih hati, rakan-rakan lain di abaikan. Inilah symptom-symptom yang melanda pasangan yang bercouple. Wajarkah ini terjadi kepada remaja islam kini terutamanya yang berpendidikan agama??? Hanya mereka yang dapat menjawabnya.
Couple ini juga mendatangkan kesan buruk, ia akan menjatuhkan maruah atau peribadi wanita itu sendiri. Contoh, apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Tambahan pula, apa keistimewaan yang diperolehi oleh suami wanita tersebut? Jika sudah ada lelaki lain sudah dapat merasa apa yang suami itu sepatutnya dapat.*saya xmaksudkan sex..selain daripada itu.




KITA MERANCANG, ALLAH JUGA MERANCANG..MAKA PERANCANGAN ALLAH ADALAH YANG TERBAIK

Oleh itu, saya harap remaja islam kini akan berubah dan teruskan perjuangan mereka dalam memartabatkan agama yang suci ini. Sama-samalah kita membersihkan hati dan elak lah semampu mungkin perbuatan couple ini..InsyaAllah dengan memohon petunjuk Allah, kita akan menemui kejayaandunia dan akhirat.


Entri ini ditujukan untuk diri sendiri dahulu sebelum orang lain.
                        
  MUNGKIN ITU KATA-KATA YANG PALING SESUAI UTK DIRI KU
              

                                           SELAMAT MENONTON~  

*aKu paling xsuka n memang xsuka lah, perempuan yg senang2 je bg no. fone dia kt lelaki..mohon terasa
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, 9 May 2013

Ceritera~ <^_^>


Assalamualaikum semua~..huhu
Selesai sudah sem 2 di politeknik ungku omar, kini sem3 bakal menanti dgn pelbagai cabaran baru yg menanti

.
Sem2 ni byk perkara baru yg aku dpt belajar, byk sgt...xterhingga lah..memang bersyukur sgt kerana masih hidup sehingga kini..Alhamdulillah masih diberi peluang oleh ALLAH utk terus hidup di atas dunia ini.
aku dpt kawan baru yg istimewa nya student KKA..ya..yg kurang upaya, sepanjang aku duduk satu bilik dgn student KKA tu aku belajar, yg aku sebenarnya sgt beruntung dan sepatutnya aku PERLU bersyukur atas segala nikmat dan pemberian ALLAH kpd aku...ameen...sepatutnya aku gunakan nikmat yg ALLAH beri ini dgn baik, guna utk kebaikan bukannya dgn melakukan keburukan atau membiarkan ianya membazir begitu sahaja.


Pada sem2 ini juga aku dpt melihat seorg student yg baru sahaja memakai tudung labuh..secara jujurnya aku begitu kagum dgn semangat yg beliau tunjukkan..aku melihat dgn mata aku sendiri bagaimana susah nya beliau cuba utk menyakinkan diri beliau utk berhijarh kpd sesuatu yg lebih baik..ya.. | mungkin kadang2 aku terlalu memaksa dia melakukan sesuatu, tp mungkin itu adalah cara yg terbaik utk dirinya |..dan kini dia Nampak sgt lain..dgn sikapnya,pemakaiannya..ya..mungkin ada sedikit kekurangan, tp semua kekurangan itu boleh diperbaiki sedikit demi sedikit..insyaallah..teruskan berusaha utk perbaiki diri. :)
Sem2 ni juga aku rasa lebih tenang dan agak berpuas hati dgn pencapaian akademik aku..secara purata Nampak ada peningkatan berbanding sem1 yg lps..sem2 ni lebih teratur masa pembelajaran aku..terima kasih kpd kawan2 class yg selalu membantu aku dlm subject2 yg aku lemah..terutamanya leha yg selalu bg aku pinjam notanya, begitu juga dgn jy dan huda yg selalu bg semangat dan ajar aku subject2 yg aku xberapa nak okay, xlupa juga kpd kak dayah, afaf hakimah n syasya yg selalu study sekali kt student centre mlm..dan semua student DPM2B..terima kasih sgt2 J
Insyaallah ..hanya ALLAH yg mempu balas jasa kalian semua J


Mungkin itu serba sedikit yg boleh aku kongsikan...SO..utk sem dpn ni..aku harap dapat buat lebih baik...aku harap dpt bagi 100% komitmen utk JPP , akademik, dan apa sahaja ..cuba baga yg yg terbaik dlm apa jua...insyaallah J


Okay..sambung kerja balik..tgh nak fikir ni..program apa yg sesuai utk sem dpn..huhu...insyaallah jumpa lagi...sekian..assalamualaikum

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, 4 April 2013

CountDown :)

                                   السَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه


ya Allah sibuk nya skrg ni | banyak bende yg nak kena fikir...aishh...study, test, quiz, assignment byk betul lah *_* lagi2 skrg ni nak final exam kan..haha...xnaklah dpt pointer mcm sem lps | =_=. | yg seriesly xmemuaskan...sem lps xstudy siapa suruh...org lain study, kite main2 pulak duk fesbuk jaa...kan dah dpt pointer rendah | =_= | *padan muka...haha...apa2 pon kita "belajar dr kesilapan"...jgn buat kesilapan yg sama...insyaallah, hajatnya sem ni kalau boleh nak dpt 3.60 ke atas <^_^>  so~~~...kene lah belajar bersungguh2...xboleh main2...aku pon skrg dah duduk kt kamsis, sbb?...kt sana aku lebih mudah nak study, lagipon dekat dgn masjid kan...senang sikit nak g masjid..."study tu memang study, solat jgn tinggal yeee"..heee...kalau kt kamsis tu, ada masa terluang je mesti aku menghadap buku, buat apa2 soalan..kalau kt rmh sewa niiiii...ishh...mesti mengahadap lappy je lahh~ ^^: kalau mcm nak keluar mlm...aku ni memang xsuka keluar mlm...xtahulah kenapa =_=: ...lebih baik xkeluar rasenye...lagipon aku ade study group mlm ^^




kalau mase sem1, subject yg memangggggggg aku xpaham langsung adalah fundamental of accounting..
ya Allah~ subject ni memang aku xpaham langsunggg...Alhamdulillah nasib  pass sem lps..<^_^>
kalau utk sem2 ni, hmmm...aku rasa lebih okay dr sem 1, semua subject alhamdulillah aku dpt bwk buat masa ni...kalau mcm markah test,quiz,tutorial pon markah aku xde lah beza sgt dgn org lain berbanding sem1 haritu yg memang jauh beza =_=...harap dpt terus focus sampai habis final exam ni..insyaallah..harapnya jugak markah PB tinggi pada kali ini. <^_^>


setelah sekian lama menunggu, akhirnya berita yg ditunggu tunggu telah diumumkan...parlimen malaysia akhirnya dibubarkan secara rasminya...lame betul nak tunggu parlimen dibubarkan, xtahulah apa sebabnya sampai susah sgt nak bubar,,,takut kalah?..haha...memandangkan skrg ni pon tgh PANAS memandangkan dah nak PRU 13 yg boleh sy katakan paling sengit dlm sejarah pilihan raya malaysia...kebetulan pulak PRU ni dekat sgt dgn final exam...hope aku dpt focus utk study dulu...ye..aku memang seorg yg sgt berminat berpolitik...insyaallah cuba utk focus pada final exam ni terlebih dahulu...tp mesti nak tahu jugak apa isu2 semasa kan?...haha...tu xpelah...selagi xmenggangu tumpuan aku.,it's okay!
ISLAM FOR ALL!! <^_^>



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, 10 March 2013

kisah hati...*amboi


Assalamualaikum...entry ni khas utk awak Afaf Hakimah...
 haha..amboi..wekk

BELUM TIBA MASA..sabar ye wahai HATI.Jika benar awak untuk saya. Pasti akan bertemu suatu hari nanti ~
INSYAALLAH :)

AKU YAKIN YANG..
Selalu ada harapan bagi mereka yang berdoa...selalu ada jalan bagi yang berusaha..

KAN? KAN? KAN?

Sekalipun saya sukakan awak masa itu,saya simpan rahsia itu,biar hanya saya dan DIA sahaja yang tahu semua ini...

YE.. BILA MENYUKAI SESEORANG ITU DALAM DIAM-DIAM ADA RISIKONYA TERSENDIRI.

MUNGKIN ITU YANG TERBAIK MASA TU :)

*SENDIRI itu mengajar aku,utnuk menjadi lebih berani ^_^

JADI TERUSKAN BERSABAR YE WAHAI HATI J

Saya tak tahu apa yang awak tengah buat sekarang ni,
Di mana awak berada. Dan walau dengan siapapun awak,
Saya doakan semoga ALLAH sentiasa melindungi awak,
Walau di mana awak berada dan kemana saja awak pergi.
*Walau awak tidak perasan akan kewujudan saya masa tu =___=

AWAK..

Biarpun saya tak mampu jaga awak sekarang.tapi saya tahu,ALLAH sentiasa ada untuk menjaga awak.sebab tu saya tak risau,walau ke manapun awak pergi J

Then...akhirnya...sy tegur awak..
Walaupun sebenarnye xberani...tp buat2 berani lah..haha

“Don’t wait for a perfect moment,take a moment and make it perfect”

Bila dah ckp dgn awak yg...tut..
ringan sudah beban di hati..

awak selalu ckp yg awak nak BERUBAH..
sy cuba utk tolong awak sehabis baik..insyaallah <^_^>

TP!...AWAK KENE INGAT...

KEIKHLASAN utk awak berubah tu bukanlah kerana seseorang bukan kerana saya atau sesiapa...tetapi berubahlah kerana ALLAH sebab DIA lah yang member kita peluang untuk berubah ^_^

Siapapun awak di masa lalu,seteruk mana pun awak di masa lalu,itu tidak bermakna awak tidak berhak untuk menjadi seorang MUSLIMAH yang baik,disayangi dan dihormati...Yang berlalu  Biarkan berlalu,Hari ini dan seterusnya,buktikan awak boleh jadi yang terbaik.

DAH LEPAS BIAR LEPAS..AMIK PENGAJARAN DAN JADIKAN IKTIBAR BUAT DIRI KITA

KAN? KAN? KAN?

SAYA TAHU..BILA AWAK NAK BERUBAH NI...ADA YANG AKAN XSUKA BILA AWAK NAK BERUBAH...TP...MCM YG SAYA SELALU CKP KT AWAK.

awak perlu belajar SENYUM bila ada yang menyakitimu,belajar BANGUN tika ada yang memusnahkan harapanmu,belajar KUAT bila ada yang telah menjatuhkanmu.

AWAK!..KUAT KAN SEMANGAT...HEE

AWAK JANGAN RISAU...

Jika kita ingin berhijrah ke jalan ALLAH , ALLAH akan mengirimkan hamba hambanya yang soleh untuk mendampingi kita di dalam penghijrahan itu.

SEKARANG AWAK DAH BERUBAH...

Skrg kita kene jaga..

Jarak bukan untuk menghukum,jarak itu menjaga kita

Biar mata tidak bertemu,biar DOA yang menyatu.

Jarak antara kita bukannya untuk memisahkan kita.tetapi terpisah yang sementara untuk pengakhiran yang bahagia

Kadangkala salah satu cara yang terbaik untuk seseorang menghargai ketulusan dan keihklasan cinta kita hari ini adalah dengan meninggalkannya sejenak

*Saya cemburu,bukan saya xpercaya kan awak,saya hanya takut kehilangan awak J
Awak senyum sikit~..haha

                           
                               aku juga sedang berusaha untuk berhijarah menjadi yg lebih baik

                                                                           insyaallah





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, 17 February 2013

i'm sorry~ <^__^>


Asslamualaikum semua~

Dan segeralah kepada (mengerjakan amal2 yang baik untuk mendapat) kempunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang2 yang bertaqwa:

Iaitu orang2 yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang2 yang menahan kemarahannya, dan orang2 yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang2 yang berbuat perkara kebaikan.

Al-Imran 3:133-134

hmm...sebenarnya xtahu nak menaip apa...lepas tgk Short Film - Tomato 1.0 n Short Film - Tomato 2.0
kt youtube...tibe2 rase nak menaip pulak..heee <^_^>

hmm...aku nak minta maaf kt sesiapa yang mungkin aku telah menyakiti hatinya secara langsung or xlangsung
selama ni... <^_^>

Dan kpd org yg selalu msg pelik2 kt fb aku...*yg mungkin tgh baca ni...aku xtahu siapa kau...dan aku xnak tahu siapa kau...*rasenye xperlu tahu....aku xtahu nape kau buat mcm tu...mungkin aku ada sakitkan hati kau, or maybe buat kau marah secara sengaja or xsengaja..aku minta maaf...

rasenye xperllulah nak mengugut or menggunakan bahasa kesat mcm tu...cakap elok2 boleh kan..apa2 pon aku xmarah or terasa hati langsung dgn cara kau...aku doakan kau bahagia dgn apa yg kau tgh buat skrg ni...

ingat ye setiap perbuatan yang kita buat akan dihitung...walau sekecil zarah sekali pun...

hmm...itu sahaja rasanya...assalamulaikum..
*senyum xperlu kata apa2
*awak jgn risau ye <^_^>

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, 12 February 2013

marah...sgt marah =_=

assalamualaikum...skrg memang xde mood langsung...malas nk taip byk2




dah...cukup...bye...salam


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen